Cubaan seorang jururawat untuk mengangkat tong oksigen terbantut apabila dibantu seorang doktor yang dapat mengangkatnnya tanpa sebarang masalah.
Dalam video berdurasi 14 saat itu, jururawat tersebut kelihatan berseloroh dengan rakannya dan mahu mengangkat tong itu seorang diri.
Bagaimanapun, lagaknya itu mendapat perhatian seorang doktor yang kebetulan berdiri berhampiran.
Jururawat itu cuba untuk menghalang doktor terbabit mengangkat tong oksigen tersebut namun dengan pertolongnnya, sekali angkat sahaja tong itu berjaya diletakkan ke tempatnya.
@nourazainn niat klu tak baik mmg tuhan pon x merestuikan…pdhal mmg x larat nk angkat oksigen tank tu..??tpi hidup mesti yakin kan?#kronologi #fypシ゚viral #fypシ゚viral ♬ Gwenchana – Skinny Fun
Artikel berkaitan: “Mama tak balik kerja lagi?” – Anak Jururawat Ditikam Tak Tahu Ibu Meninggal, Keluarga Bincang Soal Penjagaan
Artikel berkaitan: 3 Kisah Seram Hospital Yang Dikongsi Oleh Jururawat Ni Memang ‘Creepy’ Habis!
Lebih melucukan, jururawat itu kelihatan kecewa kerana mahu menunjuk handal kepada rakannya namun sia-sia.
Video berkenaan menjadi tular dan mendapat pelbagai komen dari netizen.
Ada diantara komen benar-benar mencuit hati.
“Kalau akak tinggi mesti boleh”
“Tong tu kecik sangat sis, cuba lagi besar.
“Hahaha frust akak tu nak angkat,” antara komen warganet.