Orang Kelainan Upaya (OKU) kini telah membuktikan pelbagai bentuk kejayaan boleh dikecapi walaupun pelbagai halangan perlu ditempuhi.
Mereka juga mempunyai semangat luar biasa dan sentiasa mempunyai sifat positif dalam menjalani hari-hari mereka.
Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini sekumpulan pemuda OKU mencuit hati netizen dengan gelagat ‘diluar kotak’ mereka!
@balaustory macam macam hal la bawak orang cacat ni #balaustory #fypシ #maapcakap #kemarok
Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama @balaustory itu menarik perhatian netizen apabila pada permulaan video itu dia seakan sedang marah.
Rupa-rupanya, dia menunjukkan gelagat rakan-rakannya yang sedang bermain sebuah permainan yang dipanggil Chapteh dengan menggunakan kaki palsu mereka.
Kalau korang nak tahu, Chapteh adalah permainan tradisional yang juga dikenali juga sebagai sepak bulu ayam atau sebuyam dan corak permainan ini seakan sama seperti sepak raga.
“Tak jadi nak kesian…”
Video pendek itu semestinya menghiburkan netizen dan setakat ini hantara tersebut telah mendapat lebih 570k tontonan serta lebih 590 komen.
Rata-rata netizen terhibur dengan video itu malah ramai juga yang kagum dengan sikap positif sekumpulan pemuda itu!
Tidak kiralah apa juga kondisi mereka tetapi yang pasti video tersebut telah menghiburkan warga TikTok dengan jayanya!
Mantaplah geng!