in

“Tak duduk diam”- Peniaga Ini Guna Cara ‘Unik’ Untuk Lariskan Jualannya, Siap Menari!

cats 81

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap peniaga akan ada cara tersendiri untuk tarik pelanggan mereka. Ada yang jenis guna marketing di media sosial dan ada pula yang jenis suka buat benda viral. Macam-macam cara la boleh kata.

Selalu kita tengok peniaga cuma akan duduk atau berdiri di meja jualan mereka sambil tunggu pelanggan datang. Tapi, lain pula cara seorang peniaga ini nak melariskan jualan dia.


Menerusi satu perkongsian video di Twitter yang dimuat naik pada 12 April lalu oleh seorang penulis buku iaitu Hilal Asyraf, video tersebut menunjukkan ada seorang wanita yang berniaga donut di bawah sebuah khemah sedang berdiri sambil menari dan mengangkat donut jualannya itu.

Perkongsian video tersebut telah mendapat hampir 150 tontonan dengan lebih 4 ribu retweet dan hampir 6 ribu likes di Twitter.

 

Tertarik dengan kesungguhannya berniaga

Ketika berada di Petronas Jalan Skudai, Hilal ternampak peniaga itu dan tertarik dengan kesungguhannya berniaga. Walaupun dia bukannya penggemar donut, tapi melihat kesungguhan wanita itu membuatkan dia mengajak isterinya untuk membeli donut daripada wanita itu.

photo6337033149724339243

Katanya lepas makan nanti nak buat review donut tu.

Hilal akui yang donut yang dijual oleh peniaga itu gebu serta topping dia tak terlalu manis dan ‘over’ dan buatkan dia suka donut tersebut walaupun dia sebenarnya bukan penggemar donut. Isteri dia siap cakap donut tersebut setanding dengan Dunkin’ Donuts. Wah, ni rasa nak pergi beli ni.

photo6337033149724339242

Hilal yang merupakan seorang penulis buku juga ada mempromosikan buku jualannya untuk penggemar bacaan fiksyen aksi melalui thread tweet tersebut yang boleh didapati menerusi akaun Shopee bernama Hilal Asyraf Resources.

 

Netizen doa dimurahkan rezeki

Di ruangan komen, rata-rata netizen tunjukkan reaksi positif sebab diorang pun rasa nak beli donut dekat peniaga itu bila tengok dia bersungguh-sungguh nak berniaga. Ada juga yang doa semoga peniaga itu dimurahkan rezeki pada masa akan datang.

photo6337033149724339241

Kalau berniaga dengan ikhlas dan jujur, In Shaa Allah pintu rezeki akan lebih luas. Done tazkirah Ramadan.

 

Sumber: Hilal Asyraf

Baca:Kuasa Viral! Anak Tweet Ayah Sedih Kedai Donut Mereka Tak Ada Pelanggan, Tak Sangka Dalam Beberapa Minit Ini Yang Berlaku…

Capture 61

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.