Baru-baru ini kita dikejutkan dengan video Chef Ammar memarahi beberapa orang netizen yang mengkritik harga Nasi Arab yang dijualnya.
Video itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh chef yang pakar dalam masakan Timur Tengah itu tetapi ada juga yang merasakan itu hanyalah adat apabila berniaga.
Bagaimanapun, video tersebut telah menarik perhatian salah seorang individu di Twitter yang dikenali sebagai @H_Bakkaniy, dia telah menyuarakan pendapatnya mengenai video tersebut dan seterusnya mengirimkan surat terbuka kepada Chef Ammar.
Surat Terbuka Untuk Chef Ammar
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
Ke hadapan Chef Ammar hafizahullāh, moga sihat-sihat selalu.
1. Saya sebenarnya mula kenal Chef ketika Chef ada rancangan TV di TV Al-Hijrah dulu, Chef selalu sebut; "Masak dari hati, masak with iman"
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) April 8, 2022
Dalam surat terbuka itu, pemuda yang bernama Mohammad Faeez Harith itu berkata dia amat terkejut dengan reaksi dan percakapan Chef Ammar dalam video tersebut, cara Chef Ammar menunjukkan kemarahan juga seakan berbeza seperti apa yang sering ditonjolkan dalam kaca TV.
“Begitulah ragam orang”
Difahamkan, dia juga merupakan seorang yang mempunyai pengetahuan dalam bidang masakan dan juga merupakan peniaga makanan, disebabkan itu Faeez berkata ia seperti lumrah meniaga. Malah dia juga pernah disindir orang mengenai cara masakannya.
Peniaga Melayu tiada sistem tadbir urus yang baik?
Namun, apa yang membuatkan pemuda tersebut sedikit ralat ialah apabila Chef Ammar mula membandingkan dan menempelak peniaga Melayu lain kononnya mereka tidak ada sistem kerja yang baik seperti tadbir urusnya.
Faeez juga berkongsi, biarpun dia sekadar memasak di rumah tetapi dia juga ada sistem tersendiri bagi memastikan mutu makanan terjamin dan pelanggan berpuas hati.
Harap Chef Ammar lebih profesional
Di akhir thread itu, pemuda itu berharap Chef Ammar boleh bersikap lebih profesional dan tidak menimbulkan isu perkauman dalam menghadapi kritikan. Banyak cara lain yang boleh digunakan untuk terangkan sebab harga itu sepadan dengan hasil kerjanya dengan berhemah.
Dia juga meminta maaf kerana terpaksa menegur dan mengirim surat terbuka kepada chef tersebut.
Teguran macam ni kan bagus, sedap je dibaca.
Baca: “Hati saya sakit” – Chef Ammar Marah, Ada Netizen Kutuk Nasi Arab Harga Tel Aviv?