in

“Tahan betul telefon tu” – Pasangan Bertengkar Di Restoran ‘Hotpot’, Benda Lain Yang Netizen Perasan

Ft Honor Kena Campak

Baru-baru ini, muncul sebuah video di sosial media tentang pertengkaran yang berlaku antara seorang wanita dan lelaki yang dipercayai sepasang kekasih di sebuah restoran hotpot.

Menerusi video tular berkenaan, pasangan tersebut dipercayai bertengkar semasa sedang menikmati makanan di restoran berkenaan sebelum wanita itu bertindak untuk mencampakkan telefon kepunyaan lelaki tersebut ke lantai.

Kejadian yang mengejutkan pengunjung di restoran berkenaan turut mendapat perhatian netizen yang mendakwa berkemungkinan pertengkaran tersebut hanyalah lakonan semata dan itu hanyalah taktik untuk ‘makan lari’.

Screenshot 2024 10 21 172636 Horz

Dalam masa yang sama, ramai juga tertanya model telefon yang digunakan lelaki berkenaan kerana ianya masih berfungsi dengan baik, walaupun telah dicampak dengan kuat ke lantai dan juga telah ‘direbus’ dalam periuk.

Hasil ‘risikan’ netizen mendapati, ada yang berpendapat telefon tersebut seakan-akan HONOR X9c 5G. Pun begitu, ada yang mendakwa ianya mungkin dari jenama lain kerana model tersebut belum dilancarkan lagi di Malaysia.

Perkara tersebut ‘disahkan’ pula oleh pengguna HONOR dengan mengatakan ianya berkemungkinan HONOR X9c 5G yang diiklankan sebagai telefon yang tahan lasak dan kalis air.

Screenshot 2024 10 21 172649

Selain itu, menerusi sebuah posting, ada pengguna beta yang telah menerima HONOR X9c 5G lebih awal telah meninggalkan komen dan mengesahkan telefon yang digunakan lelaki dalam video ternyata model yang sama.

Ini juga ‘disahkan’ oleh sebuah posting teaser di laman Facebook HONOR yang menunjukkan sebuah telefon pintar berwarna ungu dengan lingkaran perak di kawasan kamera belakang tersebut dan ianya diperkenalkan sebagai HONOR X9c 5G yang bakal dilancarkan.

New

Pun begitu, pengumuman tersebut pastinya membuatkan ramai teruja kerana sudah sekian lama tidak ada peranti yang tahan lasak dan masih elok walaupun sudah ‘direbus’ dan jatuh dari tempat yang agak tinggi.

Menerusi laman Facebook HONOR, tidak dinyatakan tarikh peranti tersebut akan tersedia, namun apa yang pasti, sekiranya pengguna mahukan telefon pintar yang tahan lasak, HONOR X9c 5G ini adalah salah satu daripadanya.

Sumber: HONOR