Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini mengisytiharkan bahawa 18 dan 19 November adalah cuti umum supaya rakyat Malaysia agar boleh pulang mengundi di kampung halaman mereka.
Bahkan, bagi mereka yang harus bekerja, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan juga telah mengumumkan bahawa bagi pekerja yang tiada pilihan selain perlu bekerja pada salah satu daripada dua hari tersebut, mereka mesti diberi cuti gantian atau dibayar.
Walaubagaimanapun, masih ada majikan yang enggan berbuat demikian. Perkara itu didedahkan menerusi kiriman e-mel daripada seorang pekerja kepada WORLD OF BUZZ di mana keluhan itu dibuat kerja syarikat itu memberikan alasan bahawa ianya berasal dari Singapura.
Jadi, dia dan rakan sekerja lain harus bekerja seperti biasa dimana syarikatnya yang berpengkalan di Kuala Lumpur mengikut garis panduan dan kalender negara itu, secara langsungnya, apa-apa cuti umum yang ada di Malaysia tidak akan termaktub di syarikatnya.
Nak dipendekkan cerita, jika ada yang ingin mohon cuti, mungkin kena mohon macam biasa dan hari bekerja itu tidak diberikan sebarang cuti ganti dan extra pay.
Dia anggap cara ini sebagai satu perkara yang tidak adil kerana setiap individu harus kena ada masa untuk membuat persiapan terutamanya kakitangan yang harus mengundi luar dari Kuala Lumpur.
“Saya percaya ini adalah faktor hilang semangat untuk mengundi terutamanya bagi mereka yang mengundi di kawasan luar KL.
“Beberapa rakan sekerja saya perlu mengundi di Pulau Pinang, Johor dan mereka masih memikirkan sama ada benar-benar mahu pergi mengundi atau tidak kerana ia agak tergesa-gesa untuk mereka.”
Disebabkan itu, individu ini meminta rakyat Malaysia berkongsi sebarang tips tentang apa yang patut mereka lakukan kerana mereka kini sedang buntu
“Saya meminta pendapat orang ramai sama ada syarikat antarabangsa sebegitu patut diberi cuti atau tidak untuk keadaa seperti pilihan raya umum ini.”
Baca : PRU15: Majikan Boleh Didakwa Jika Potong Gaji Pekerja Yang Pergi Mengundi