in

Suka Tidur Telentang? Ketahui Maksud Sebenar Posisi Tidur Kucing Anda

cats 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa di sini yang pernah membela kucing? Buat mereka yang pernah, pasti anda perasan yang kucing adalah satu makhluk comel yang kuat tidur dan boleh terlelap di mana-mana sahaja.

Jika anda perasan, kucing tidur dengan pelbagai posisi – ada yang tidur secara meniarap, ada juga yang tidur dengan menutup muka menggunakan kaki. Apakah maksud di sebalik posisi tidur yang berbeza ini?


Untuk itu, hari ini Lobak Merah akan kongsikan senarai jenis posisi tidur kucing dan maksud di sebaliknya. Selamat membaca!

1. Tidur melengkung

photo 1609779361564 b34f8d6399ff

Jika kucing tidur dalam posisi begini, ini tandanya dia sedang menghangatkan badannya. Posisi ini kebiasaannya menjadi pilihan ketika cuaca sedikit sejuk buat si bulus.

Posisi ini juga membawa maksud kucing anda sedang berehat di tempat terbuka atau kurang selamat. Untuk itu, kucing tidur dalam posisi yang menyorokkan perutnya.

2. Tidur meniarap

Why Is My Cat Sleeping More Than Usual 750x420 1

Posisi ini sedikit lucu buat kucing kerana mereka kelihatan leper dan comel ketika tidur. Posisi meniarap membawa erti kucing anda sedang tidur dengan nyenyak dan berehat dengan tenang.

3. Tidur telentang

3 15

Bahagian perut adalah salah satu bahagian yang paling sensitif dan dijaga oleh kucing daripada musuh. Jadi, jika kucing anda tidur dalam keadaan perut di atas, ini bermakna mereka percayakan anda dan persekitarannya.

Jangan khianati kepercayaan kucing dengan menggeletek perut mereka okay!

4. Duduk sambil masukkan kaki

e2s3m0oioy601

Posisi tidur seperti ini kadang kala digelar sebagai roti kerana bentuk badan kucing yang seperti roti apabila kaki mereka disorok.

Kucing yang tidur dalam posisi ini kebiasaannya tidur mereka tidak nyenyak, dan biasanya hanya bertahan selama 15 hingga 20 minit sahaja. Posisi ini bermakna kucing anda sedang mengantuk, tapi masih berjaga-jaga dengan persekitaran.

5. Tidur dalam kotak

cat sleeping cardboard box

Pernah tak anda berhadapan dengan situasi kucing lebih memilih untuk tidur di dalam kotak kosong daripada tidur di atas katil kucing yang berharga lebih mahal dan lebih cantik?

Kucing yang suka tidur di dalam kotak bermaksud mereka menemui kenyamanan di situ. Sisi-sisi kotak juga dianggap boleh melindungi kucing apabila mereka sedang berehat.

6. Mata separuh terbuka

muzzle cat sleeping pillow close up ivory black yellow white red nose one half open eyes 69272788

Kucing yang tidur dalam keadaan mata sedikit terbuka bermaksud mereka sedang berehat namun masih berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling atau perkara lain seperti manusia dan haiwan lain.

Bagaimanapun, mungkin kucing anda baru sahaja tidur jadi mata mereka masih kelihatan separuh terbuka.

7. Tutup muka guna kaki

curled sleeping cat

Kucing yang tidur dengan menutup muka menggunakan kaki bermaksud mereka sedang tidur dengan nyenyak dan tidak mahu diganggu. Jadi, sebaiknya anda tidak mengganggu kucing yang sedang tidur dalam posisi ini.

Kredit: ivetarh

BACA: Sering Bersembunyi, Ini 5 Tanda Kucing Anda Mungkin Bakal ‘Pergi’ Selamanya

cover 8

Sumber: Unsplash
Sumber: MrBossCat
Sumber: Reddit
Sumber: Newsweek
Sumber: Dreamstime
Sumber: Newsweek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.