in

Suami Sampai ‘Give Up’, Tak Berdaya Halang Isteri Anti Vaksin Tak Mahu Suntik Anak

FEAT VAKSIN FINAL 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain dari kewujudan ‘followers’ golongan flat-earth, Malaysia juga mempunyai ‘followers’ anti-vaksin.

Isu pengambilan vaksin ini sentiasa menjadi topik yang hangat diperkatakan gara-gara terdapat pelbagai fahaman dan ideologi yang dikemukakan antara golongan bukan anti-vaksin dan golongan anti-vaksin sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan antara kedua-dua pihak.


Walaupun para doktor menegaskan pentingnya pengambilan vaksin terutama buat bayi dan kanak-kanak, namun masih ada golongan anti-vaksin ini yang tetap berkeras untuk menolak rawatan tersebut walaupun sudah ditegur berulang kali oleh para profesional.

Baru-baru ini, tular lagi di media sosial insiden pergaduhan antara golongan bukan anti-vaksin dan anti-vaksin. Apa yang merumitkan keadaan, pertengkaran ini berlaku antara pasangan suami isteri.

 

Kecewa isteri anti-vaksin tak mahu vaksin anak

Menerusi postingan oleh personaliti televisyen popular Malaysia, Fedtri Yahya di laman Twitter miliknya, beliau tampil mendedahkan satu kiriman mesej daripada seorang lelaki yang telah meluahkan rasa kecewa dengan sikap isterinya yang tidak mahu mengambil suntikan vaksin untuk anak kedua mereka.

 

‘Kemaruk’ natural beauty

Menurut lelaki itu, isterinya itu merupakan seorang anti-vaksin disebabkan ‘kemaruk’ dengan natural beauty sehingga tidak peduli dengan masa depan anak mereka gara-gara tidak disuntik vaksin.

Lelaki itu cuba menegur tindakan isterinya itu namun teguran itu membawa kepada berlakunya perbalahan antara mereka berdua.

 

Sanggup memaki dan menengking suami

Bukan itu sahaja, si isteri juga sampai sanggup memaki dan menengking suaminya sehinggalah suaminya itu give up dan tidak berdaya untuk menghalang keputusan isterinya itu.

VAKSIN 1

Menurut lelaki itu lagi, dia mempunyai dua orang anak. Anak yang pertama menerima vaksin gara-gara isterinya terpaksa menurut kata doktor yang menyatakan bahawa sistem imunisasi badan anak mereka lemah sewaktu dilahirkan.

Namun, anak kedua mereka pula tidak menerima vaksin gara-gara dia tidak berupaya menghalang pendirian isterinya itu di samping terpaksa mengalah disebabkan kondisi isterinya yang baru lepas bersalin.

Perkongsian yang dibuat itu telah mencuri perhatian netizen sekaligus mengundang pelbagai reaksi. Rata-rata netizen menyelar tindakan si isteri yang dikatakan biadap kerana terlampau taksub.

Namun ada juga yang mengecam tindakan lelaki berkenaan yang sepatutnya lebih tegas dalam membuat keputusan sebagai seorang suami dan ketua keluarga.

 

“Bukan suami suruh buat benda tak elok pun” – Netizen

KOMEN VAKSIN 1

KOMEN VAKSIN 2

KOMEN VAKSIN 3

Lepas ni soalan wajib tanya kat pasangan kalau nak kahwin, “golongan flat-earth atau anti-vaksin?” 

Baca: Mufti yg wajibkan vaksin jadi menteri, innalillah – Wanita Anti Vaksin Panas DS Zulkifli Jadi Menteri 

BACA VAKSIN

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.