in

STOP! Ini 3 Tabiat Yang Boleh Buatkan Kepala Berkelemumur

cara atasi masalah kelemumur

Masalah kepala atau rambut berkelemumur bukanlah sesuatu yang asing. Menurut seorang pakar dermatologi, Dr. Jean Buhac, masalah ini menghantui setidaknya satu per lima orang dalam dunia dan masalah ini akan menjadi lebih teruk disebabkan perbuatan atau tabiat tanpa sedar seseorang.

Perlu diketahui, fungsi syampu adalah untuk menyingkirkan minyak, kotoran dan lebihan produk yang melekat pada kulit kepala.

Biasanya, bilasan biasa sahaja sudah memadai untuk keluarkan kotoran, dan syampu hanya digunakan selang dua atau tiga hari untuk keluarkan produk berlebihan yang melekat pada kepala.

pexels bennie lukas bester 1159334

Menurut perkongsian majalah QC, masalah kelemumur ini sebenarnya tidak diwarisi dan ianya boleh disebabkan tabiat-tabiat tertentu seseorang terutamanya melibatkan ‘grooming‘ seperti :

Gunakan Syampu Salah Untuk Merawat Kelemumur

Penggunaan syampu yang salah bagi merawat masalah kelemumur bukan sahaja akan sebabkan ia menjadi lebih teruk malah akan mengakibatkan kerengsaan dan keradangan jika tidak dirawat dengan betul.

Gunakan syampu khas anti-kelemumur yang terbukti secara klinikal untuk atasi serta mengurangkan kelemumur dengan bahan aktif seperti selenium sulfide dan sebagainya. Salah satu yang diperakui ialah Selsun Blue.

Gaya Hidup dan Cara Pemakanan

Diet juga memainkan peranan penting dalam menentukan kesihatan kulit kepala kita menurut pakar pemakanan Kavita Devgan.

husniati salma 6JvfnoN3x2g unsplash

Seseorang yang mempunyai masalah kelemumur, digalakkan mereka untuk mengurangkan pengambilan gula kerana ia boleh memburukkan lagi masalah tersebut.

Perlu diketahui yang kelemumur sering dikaitkan dengan yis Candida, dan makanan bergula menggalakkan pertumbuhan berlebihan yis ini selain mengurangkan vitamin B, yang merupakan komponen penting dalam diet anti-kelemumur.

Abaikan Simptom Kelemumur Ketara

Jika kelemumur anda berterusan dan ketara, ini mungkin tanda masalah yang lebih besar, seperti jangkitan kulat atau dermatitis seborrheic (keadaan kulit bersisik dan gatal). Sekiranya ia tak dirawat dari awal akan menyebabkan ia makin teruk.

Kelemumur juga akan sebabkan masalah kegatalan pada kulit kepala dan biasanya ia akan menyebabkan kulit kepala terluka akibat perbuatan menggaru seterusnya menyebabkan ia terdedah pada jangkitan.

pexels element digital 973401

Namun, perlu diketahui punca-punca kepala berkelemumur adalah disebabkan oleh 3 perkara iaitu :

i) Kulat Malassezia :  Kulat ini merupakan penyebab utama masalah kelemumur pada rambut dan hidup di kulit kepala. Ia akan ‘memakan’ minyak yang dirembeskan oleh folikel rambut.

Apabila ia tidak terkawal, ia akan menyebabkan pertumbuhan sel kulit yang berlebihan. Apabila sel-sel kulit tambahan ini mati dan gugur, apabila ia bercampur dengan minyak dari rambut dan kulit kepala, ia akan membentuk kelemumur.

ii) Kulit kepala merengsa dan berminyak : Tidak dinafikan, cuaca panas dan lembab di Malaysia merupakan salah satu punca yang menyebabkan kulit kepala berminyak.

Apabila kulit kepala berminyak, lebih mudah untuk seseorang itu mengalami masalah kelemumur.

iii) Penggunaan syampu yang salah : Penggunaan syampu yang buka dikhaskan untuk merawat masalah kelemumur tidak akan memberikan kesan, malah akan menyebabkan lebih teruk. Perlu diingatkan, bukan semua syampu adalah sama dan ada syampu yang khas untuk rawatan kelemumur seperti Selsun Blue.

Kelebihan Selsun Blue

Kalau korang nak tahu, Selsun Blue merupakan syampu dalam kategori ‘syampu berubat’ yang khusus dalam merawat kelemumur dan mengurangkan ianya daripada berulang.

Dengan 1% Selenium Sulfide sebagai bahan utama, Selsun Blue terbukti secara klinikal berkesan dalam merawat kelemumur ringan mahupun degil dengan penggunaan yang betul dan memberikan kesan seawal 2 minggu

f484a73e a3b7 4bab 9499 2205ffd2adad

Di pasaran, terdapat 3 varian yang khusus untuk merawat masalah kelemumur yang berbeza. Korang boleh pilih ‘kekuatan’ syampu tersebut mengikut keadaan kelemumur masing-masing :

Selsun Blue Extra Strength Shampoo: Syampu anti-kelemumur, melegakan kegatalan kulit kepala dan mempunyai menthol untuk sensasi yang menyejukkan.

Selsun Blue Extra Moisturizing Shampoo: Syampu anti-kelemumur dengan ekstrak aloe vera untuk memastikan rambut licin & lembap, sesuai dengan jenis rambut kering.  

Selsun Blue 2-dalam-1: Syampu Anti-Kelemumur dan perapi 2-dalam-1,membersihkan dan merapikan rambut sekaligus dengan hyaluronic acid dan juga Vitamin B5. Sesuai untuk jenis rambut normal.

Gunakan Selsun Blue dengan 3 langkah mudah:

  1. Selepas membasahkan rambut, syampu rambut dengan Selsun Blue.
  2. Biarkan selama 1-2 minit untuk Selenium Sulfide bekerja melawan kelemumur.
  3. Bilas 

Oh ye, Selsun Blue ni tidak digalakkan untuk penggunaan harian, pastikan penggunaan tidak melebihi 3 kali dalam seminggu. 

Jadi, sekiranya korang mengalami masalah dengan kelemumur, boleh pertimbangkan untuk bertukar menggunakan Selsun Blue hari ini!

Sumber: Selsun Blue