Beberapa rakan artis dilihat hadir di kediaman Bunga Citra Lestari ketika majlis tahlil buat Ashraf Sinclair sejak hari pertama lagi.
Antara yang dilihat hadir adalah Afgan, Baim Wong, Judika, Marcell dan penyanyi Syahrini. Masing-masing cuba memberi kata-kata sokongan untuk Bunga yang masih sugul selepas pemergian suami tercinta.
Kena kecam netizen Indonesia
Bagaimanapun, kehadiran Syahrini ke majlis tahlil itu menimbulkan tanda tanya dan sindiran daripada netizen di sana. Penyanyi itu dilihat berpakaian serba hitam ketika hadir di kediaman Bunga namun sesuatu benda yang lain dikatakan mendapat perhatian netizen.
https://www.instagram.com/p/B6uWo8shClt/
Menurut Sosok, ramai peminat mempertikaikan adab Syahrini yang tidak membuka kasut tingginya ketika berada di kediaman Bunga. Kata mereka, tetamu semua duduk di lantai untuk membaca Yasin tetap dikotori pula oleh kasut Syahrini yang tidak dibuka ketika berada di dalam rumah itu.
Bahkan tuan rumah iaitu Bunga sendiri pun tidak memakai kasut dan tetamu lain juga dilihat berkaki ayam. So, bila Syahrini tak buka kasut tinggi dia tu memang laju je mata netizen nampak.
“Kok sempet foto ya”
Ketika melawat Bunga dan menghadiri majlis tahlil itu, Syahrini sempat update Instagram story sewaktu berada di sana. Salah satunya menunjukkan keadaan ketika dia berpelukan dan memberi semangat kepada Bunga.
Ada juga gambar lain yang membuatkan netizen sindir Syahrini sebab sempat nak ambil gambar walhal katanya ‘turut berduka’. Maksud mereka, privasi sepatutnya dijaga untuk menghormati Bunga yang masih bersedih atas kematian suaminya.
Semoga Bunga diberi kekuatan di hari mendatang tanpa Ashraf di sisi…