Apa yang selalu terlintas dekat kepala korang bila dekat dengan bulan puasa?
Bila nak dekat masuk bulan Ramadan atau bulan puasa ni, mesti ada macam-macam ragam orang ramai yang boleh kita perhatikan. Kalau di tempat kerja, pastinya ada yang nampak lemah tak bermaya, ada yang kuat ‘komplen‘ dan sebagainya.
Selain digalakkan meningkatkan amalan dan kurangkan melakukan perkara-perkara lagha kita jugak sering diingatkan supaya jaga pemakanan agar badan masih menerima nutrien-nutrien yang diperlukan walaupun sedang berpuasa.
Tapi, korang perasan tak yang bulan puasa ni punyalah unik dan istimewa, korang hanya akan dengar soalan-soalan macam yang dekat bawah ni pada bulan puasa atau lebih kerap ditanya pada bulan puasa sahaja.
“Makan apa sahur tadi?”
Biasanya, soalan ini standard ditanya sebagai ‘punca’ nak berbual awal pagi. Ini jugak sebenarnya ‘trick’ untuk cari idea untuk masak apa sahur esok hari bila dah kekeringan idea.
Kadang kala, ramai jugak ‘kantoi’ tak sahur tapi masih berpuasa, atau buat-buat puasa. Hehe
“Tengah hari karang lepak mana?”
Soalan ini boleh kata hampir setiap hari akan didengar terutamanya dalam kalangan mereka yang suka keluar makan beramai-ramai dan biasanya waktu tengah hari akan digunakan untuk menjamu selera, bila dah masuk bulan puasa nanti maka ramailah akan berebut untuk cari ‘port’ lepak terbaik di pejabat untuk berehat sambil lelapkan mata.
Tapi tak dinafikan, ada juga sesetengah yang mengambil masa tersebut untuk bertadarus dan melakukan aktiviti lain.
“Dah masuk waktu ke belum?”
Keunikan bulan Ramadan akan lebih ketara kelihatan bila mana ramai pulak yang mula peka dengan masa masuknya waktu solat, terutamanya Maghrib.
Sebab selain masuknya waktu solat, umum ketahui yang waktu ini juga menandakan waktu berbuka puasa dengan pelbagai juadah sama ada dibeli dari bazar Ramadan mahupun yang dimasak sendiri.
“Masjid/surau tempat kau buat berapa?”
Jika tahun lepas mungkin soalan ini tidak ditanyakan kerana hanya Ahli Jawatankuasa sahaja dibenarkan untuk mengerjakan Solat Sunat Terawih, tapi mungkin tahun ini soalan ini akan kembali menjadi pertanyaan.
Ini kerana, ada juga sesetengah surau dan masjid hanya melakukan 8 rakaat solat sunat tersebut beserta 3 rakaat Solat Sunat Witir, namun ada juga yang membuat 23 rakaat dan sebagainya bergantung kepada pengurusan masjid.
“Perut kau okay tak?”
Ini antara soalan geng-geng yang ada masalah perut sensitif bila masuk bulan puasa. Pastinya kalau tak okay tu ada lah kaitan dengan tersalah makan ke, lauk sahur pedas ke dan sebagainya.
Kalau diorang yang memang ada masalah gastrik pulak, biasanya nasihat-nasihat yang diberikan adalah untuk mereka ni rujuk pada doktor untuk pastikan puasa ni tak akan memudaratkan diri.
Selain itu, biasanya masalah berkenaan perut ini adalah disebabkan macam-macam makanan yang tidak dicerna dengan baik lebih-lebih lagi golongan yang dah berumur dan puncanya biasanya bersangkutan dengan pengambilan makanan yang kurang serat, makanan berminyak mahupun makanan yang terlalu manis atau pedas.
Salah satu suplemen yang boleh dicadangkan kepada mak ayah korang adalah A.B. Adult Gold Pre & Pro yang boleh bantu untuk meningkatkan kesihatan usus, lancarkan pergerakan usus, dan meningkatkan penyerapan nutrien terutamanya untuk golongan warga emas.
Apa yang best pasal suplement ini ialah :
- Formulasi 3-dalam-1 yang mengandungi prebiotic dan probiotik yang telah dikaji secara klinikal
- Disahkan Halal
- 99% bersetuju bahawa product ini membantu mereka meningkatkan kesihatan usus selepas pengambilan*
*Tinjuan yang dilakukan oleh Home Tester club antara 14/2/20 sehingga 27/4/20, 164 ahli telah menerima dan diuji dengan BiO-LiFE A.B. Adult Gold Pre& Pro
Kesemua nutrien yang ada pada A.B. Adult Gold Pre & Pro akan memberikan manfaat seperti meningkatkan kesihatan dan kelancaran pergerakan usus serta membantu penyerapan nutrien-nutrien penting yang akan diperlukan dalam tempoh berpuasa lebih-lebih lagi kepada warga emas.
Kalau korang nak cuba berikan kepada mak ayah korang, rasanya ini waktu paling sesuai sebab bermula 1 April 2022 hingga 15 Mei 2022 nanti, BiO-LiFE ada buat promosi menarik di Lazada iaitu potongan 30% untuk pembelian A.B. Adult Gold Pre & Pro 10s. Kemudian, ada juga promosi Beli 2 set A.B. Adult Gold Pre & Pro (30sx2) pembeli akan terima satu kotak 10s secara PERCUMA.