Bagi peminat Yuna, dah tentulah korang semua ternanti-nanti album dan lagu terbaru dari Yuna kan?
Yuna yang dah berjaya mencipta namanya di peringkat antarabangsa sentiasa menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Baru-baru ni, Yuna akhirnya umumkan pelancaran lagu-lagu terbarunya. Menerusi Facebook, penyanyi ini mengatakan yang dia akan keluarkan album ke-5 dan membuat kelainan dengan mengeluarkan album ini sebanyak lima kali sepanjang tahun 2022 ni.
Jelas Yuna, tujuan dia melakukan perkara ini adalah supaya peminat-peminatnya dapat menghayati kesemua lagunya sebelum lagu-lagu yang lain keluar.
https://www.facebook.com/yunamusic/posts/491452482348537
Menurutnya lagi, bahagian pertama album ini yang dinamakan Y1 akan mengandungi empat lagu bertajuk, ‘Intro’, ‘Hello’, ‘Pantone 17 1330’ dan ‘Cigarette’.
Selain itu, Yuna turut kongsikan beberapa gambar untuk albumnya ini dengan menunjukkan dia berpakaian ala Cleopatra dan mukanya dipenuhi dengan kristal. Lawa teruk!
Pun begitu, posting Yuna yang sepatutnya dibuat untuk meraikan album barunya ini telah mendapat kecaman dari segelintir netizen yang tak berpuas hati dengan pakaian yang ditunjukkan oleh penyanyi ini.
“Yuna setelah dijajah”
Di ruangan komen, beberapa netizen telah mengalihkan fokus mereka kepada pakaian Yuna dan rata-ratanya mengecam Yuna yang dikatakan terlalu seksi dan ada yang mendakwa Yuna dah terpengaruh dengan budaya luar negara.
Kenapa sampai ke situ pulak perginya netizen-netizen ni. Cuba doa je yang baik-baik… Yang penting min tak sabar nak dengar lagu-lagu baru dari Yuna ni! Sedar tak sedar dah lima album Yuna keluarkan eh.
Baca: “Kebangaan Malaysia!” – Wajah Yuna Hiasi Times Square New York