in

Siap ‘Order’ Milo Dinosaur, Lady Gaga Selamba Lepak Di Medan Selera Buat Peminat Terkejut

lady gaga lepak medan selera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemunculan penyanyi terkenal Lady Gaga di sebuah medan selera di Singapura menyorot perhatian netizen di media sosial.

Menerusi video tular yang dikongsikan itu, Lady Gaga dilihat sedang menikmati makanan bersama beberapa orang daripada pasukannya di Medan Selera Maxwell.


Lady Gaga yang tampil berpakaian serba hitam sambil berkaca mata dengan memakai kasut bertumit tinggi dilihat tidak kekok untuk duduk lepak di medan selera itu biarpun dia merupakan antara penyanyi popular di dunia.

Artikel berkaitan: Lady Gaga Gayakan Busana Rekaan Rizman Ruzaini Ketika Persembahan Di Las Vegas

Artikel berkaitan: “Sekali lagu Lady Gaga!” – Cucu ‘Hijack’ Ceramah Ustaz Kazim Elias, Siap Menyanyi Lagi!

Apa yang mencuri perhatian, Lady Gaga dilihat menikmati minuman milo dinosaur selain beberapa menu tempatan lain bersama pasukannya.

Rata-rata peminatnya begitu teruja dan tidak menyangka pelantun lagu Bad Romance itu lebih memilih untuk makan di gerai biasa berbanding restoran lima bintang walaupun dirinya pasti mampu menikmati juadah mewah.

Cover image 62 1

Dalam video lain, ketika Lady Gaga mahu beredar dari lokasi medan selera, dia sempat menyantuni beberapa orang peminat yang sedang menunggunya dan memberikan tanda tangan pada album yang dipegang oleh mereka.

@joelcaptures

LADY GAGA SPOTTED IN SINGAPORE! Enjoying her local delights at Maxwell hawker centre! Look closely, she seems to be having Milo dinosaur and beer? @ladygaga #ladygaga #singapore #mayhem #mayhemsingapore #sg #ladygagasingapore #ladygagaconcert #gaga

♬ Abracadabra – Lady Gaga

Ini bukan kali pertama Medan Selera Maxwell dikunjungi oleh artis terkenal antarabangsa. Sebelum ini Drew Berrymore dan Dua Lipa juga pernah makan di situ.

Difahamkan, Lady Gaga berada di Singapura selama seminggu sempena konsert jelajah Asianya yang berlangsung selama empat hari di Stadium Nasional Singapura bermula 18 Mei hingga 24 Mei ini.

Sumber: Mothership.sg, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.