in

“Si abang tu tahan sebak” – [VIDEO] Abang Sulung Sambung Belajar, Netizen Sebak Tengok 2 Beradik Menangis

ft adik menangis abang sambung belajar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nak melihat keakraban antara adik beradik ini adalah ketika masing-masing dah dewasa, jarang sekali kita nak tengok adik beradik sangat rapat sewaktu kecil, sebab biasanya masa itu mereka tengah ‘panas’.

Ada yang sampai tak bertegur sapa dan ada juga yang sampai bergaduh, tetapi lain pula dengan anak-anak kepada Huda Raisya.


Artikel Berkaitan : “Jadilah Anak Solehah” – Coretan Ibu Di Quran Adik Buat Abdur Rahman Menangis

Artikel Berkaitan : [VIDEO] Budak Lelaki Menangis Gara-gara Ajar Adik Perempuan Subjek Matematik

Difahamkan, si abang sulung bakal melanjutkan pelajarannya ke Politeknik Dungun dan dilihat kedua-dua adiknya menangis sambil memeluk abang sulung mereka.

Mereka berpelukan sambil si abang memujuk kepada adik-adiknya itu bahawa dia segera akan pulang apabila tiba waktu cuti nanti.

@raisyaraniaa

3 beradik ni masing rapat…Bila abg masuk blajar mulalah terasa..terasa jauh berpisah dr Shah Alam ke Politeknik Dungun

♬ Janji Sehidup Semati – Yelse

Video tersebut telah meraih lebih sejuta jumlah tontonan, rata-rata netizen rasa sebak dan memuji bahawa mungkin si abang ini seorang abang yang baik. Bahkan ada juga yang memuji ibu bapa mereka yang pandai mendidik anak.

Dalam pada itu, ada antara netizen yang dapat rasa bahawa si abang itu sedang menahan sebak untuk berpisah dengan adik beradiknya.

Screenshot 2023 09 25 173849 Screenshot 2023 09 25 174242 Screenshot 2023 09 25 174308

Min bila tengok rasa jealous campur sebak, sebab kalau min masa umur diaorang, masing-masing bergaduh je kerja.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.