in

“Semua tandas dah boleh guna” – Tular Murid Mengadu Depan PMX, Tandas Sekolah Sudah Dibaiki

tandas rosak murid mengadu dekat pmx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masalah kerosakan tandas di SK Long Jaafar, Kamunting, Perak sudah siap dibaiki sepenuhnya selepas aduan dibuat oleh seorang murid sekolah berkenaan kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, tular sebuah video seorang kanak-kanak lelaki yang secara spontan mengadu kepada Anwar Ibrahim tentang tandas sekolahnya yang rosak di sebuah bazar Ramadan.


Difahamkam, Anwar ketika itu mengadakan kunjungan di bazar Ramadan Kamunting dan dalam video tular itu, beliau sedang menyantuni beberapa orang ramai yang berada di lokasi tersebut.

Artikel berkaitan: PMX Terima Surat Daripada Murid Perempuan, Minta Tambah Baik Tandas Sekolah

Artikel berkaitan: Pihak Pengurusan Sekolah Ini Nekad Buang Cermin Di Tandas Sekolah Untuk Elak Pelajar Dari Rakam Video TikTok

Menariknya, PMX dilihat berhenti di hadapan seorang kanak-kanak selepas kanak-kanak itu memberitahu mengenai keadaan dua tandas sekolahnya yang rosak dan tidak dapat digunakan.

Gelagat kanak-kanak itu mendapat respon pantas PMX yang menanyakan maklumat penuh sekolah untuk disampaikan kepada Menteri Pendidikan (KPM), Fadhlina Sidek.

“Dua rosak, dua boleh pakai? Sekolah Kebangsaan Long Jaafar? Pasal saya kena call Fadhlina kejap lagi,” katanya.

@norsahida89

#pmx2025 #kemuntingtaiping 14/03/25

♬ bunyi asal – norsahida89 – norsahida89

Tandas sudah dibaiki

Dalam perkembangan terbaharu, setiausaha politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim memaklumkan kerosakan tandas di sekolah terbabit sudah pun dibaik pulih.

Difahamkan, tindakan membaiki kerosakan tandas di sekolah terbabit dibuat pada 16 Mac iaitu dua hari selepas aduan murid berkenaan.

Sementara itu, beliau juga menyatakan PMX mengingatkan kepada semua anggota kerajaan agar sentiasa turun ke lapangan untuk bertemu rakyat agar laporan dan aduan terdesak mendapat tindakan segera.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.