Insiden keracunan makanan yang melibatkan seorang remaja dan kanak-kanak berusia 2 tahun maut membuatkan pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay terpanggil untuk menemplak pihak kantin sekolah yang membuatkan anaknya alami keracunan makanan.
Menerusi Insta Story miliknya, Liyana menegur pihak sekolah yang pandang remeh terhadap jualan makanan mereka, dan memohon agar lebih bertanggungjawab.
Artikel berkaitan : Gara-gara Makan Ikan Tuna Dimasak Dengan Susu Sejat, Satu Keluarga Di Indonesia Keracunan Makanan
Artikel berkaitan : “Terkejut anak sudah meninggal dunia” – Remaja 17 Tahun Maut Dipercayai Kerana Makan Telur Mata
“Kepada peniaga kantin sekolah, janganlah ambil mudah tentang makanan yang awak jual pada anak-anak kami.”
“Ada sesetengah ibu bapa ada masa masak hari-hari untuk anak tapi ada ibu bapa yang kerja tak sempat, maka kalau anda berniaga, berniaga dengan baik dan jujur!”
“Bukan kasi makanan rosak pada anak kami dan biar lalat hinggap makanan! Ada la rasa tanggungjawab!”
Jelasnya, anaknya juga mengalami keracunan makanan pada minggu lepas sampai muntah-muntah dan cirit birit, bahkan katanya, kanak-kanak lain juga turut terkena sama.
“Eh saya tak boleh la! Sebab 3 minggu lepas sekolah anak perempuan saya pun ada kes makanan rosak dan cirit birit semua kanak-kanak muntah!”
“Apa nak jadi dengan orang yang dapat tender untuk menyediakan makanan di kantin sekolah? Awak upah mana-mana pekerja yang pengotor dan tak ada langsung etika bekerja dalam F&B!”
“Awak nak tender, buat betul-betul! Jangan hanya fikirkan duit tanpa ambil kira penyediaan makanan untuk kanak-kanak!”
Sebagi ibu, mesti lah jadi risau bila dengar kes macam ni sebab sampai meragut nyawa kot.
Sumber : Instagram