in

“Semua akan tahu hakikat sebenar” – Ex Sam Bunkface Enggan Beri Komen, Ingin Kes Cepat Selesai

aida jawab dakwaan sam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lalu, kecoh diperkatakan mengenai pendedahan yang dibuat oleh Sam Bunkface berkenaan bekas isterinya, Aida Azira Hussin, 36, yang tidak bersetuju dengan permohonan pindaan nafkah anak yang dibuat penyanyi berkenaan.

Dalam pendedahan itu, Sam mendakwa dia tidak dibenarkan berjumpa dengan anaknya, Maleeq dan bekas isterinya juga telah meminta nafkah sebanyak RM1,300 sebulan, selain mendakwa anaknya kini berada di Melaka iaitu rumah ibu bapa Aida.


https://www.instagram.com/p/Cqfv2C0hsH-/

“Saya sedar hanya orang biasa dan tiada pengaruh”

Susulan dakwaan berkenaan, Aida telah memilih untuk tidak mengulas mengenainya kerana tidak mahu memanjangkan isu dan menyerahkan ia sepenuhnya kepada mahkamah, lapor Berita Harian.

Saya tak nak komen apa-apa. Saya sedar hanya orang biasa dan tiada pengaruh. Jadi, sekarang tidak perlu saya mendedahkan perbualan WhatsApp atau seumpamanya kerana tak perlu untuk saya panjangkan perkara ini.

“Saya juga tidak mahu melukakan mana-mana pihak. Biarlah perkara ini diselesaikan oleh mahkamah. Saya hanya nak selesaikan dan tamatkan sahaja perkara ini,” katanya.

sam 3 1

Bila ditanya berkenaan perasaannya yang berhadapan dengan urusan mahkamah sejak beberapa tahun ini, wanita ini menasihatkan agar setiap wanita ambil tahu dan fahami undang-undang untuk kebaikan diri sendiri.

“Tiada wanita yang mahu melalui perkara ini, jadi saya sendiri mahu menyelesaikan secepat mungkin dan berharap agar semuanya baik-baik sahaja.

“Kepada kaum wanita, tak kisahlah jika anda bekerjaya, suri rumah, ibu tunggal, masih bergelar isteri atau tidak, saya mahu setiap wanita faham undang-undang, faham hak sebagai wanita dan ibu. Golongan wanita patut tahu sistem kehakiman,” katanya lagi.

WhatsApp Image 2023 04 03 at 20.40.23 1680526072

Aida juga percaya orang ramai akan mengetahui kebenaran di sebalik isu yang dihadapinya ini.

“Insya-Allah, hakim dan peguam akan tahu hakikat sebenar, begitu juga orang sekeliling pun akan tahu juga nanti.

“Jadi, selagi boleh pertahankan, kita harus pertahankan hak. Ibu mana yang mahu berjauhan dengan anak.

“Segala keputusan saya buat adalah demi kepentingan dan kebajikan anak,” katanya.

Terdahulu, Sam dan Aida telah mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015 sebelum bercerai empat tahun kemudian.

Baca: “Minta nafkah lebih, sudahnya anak hantar kampung” – Netizen Bengang Lepas Tengok Pendedahan Sam

ft sam dedah aida play victim

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.