Umum mengetahui kejadian menyayat hati yang berlaku pada Sabtu lepas, 9 Januari 2021 apabila sebuah pesawat Sriwijaya Air SJ182 yang berlepas dari Jakarta ke Pontianak pada pukul 3.50 petang hilang dari radar dan dipercayai jatuh terhempas di perairan berhampiran Pulau Lancang Kepulauan Seribu.
Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat mangsa masih dijalankan. Kotak hitam pesawat terbabit juga dilaporkan telah berjaya ditemui sekaligus diharapkan dapat merungkai punca berlakunya nahas.
Isteri & 3 anak adalah penumpang
Namun, apa yang lebih menyedihkan, keterujaan seorang suami untuk bertemu dengan isteri dan anak-anaknya setelah sekian lama tidak berjumpa hancur musnah sekelip mata apabila isteri dan 3 orang anaknya menjadi mangsa nahas pesawat terbabit.
Saya datang ke Pontianak mahu menjemput isteri dan tiga anak saya.
Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Yaman Zai mengakui kehilangan isteri dan 3 orang anaknya dalam nahas terbabit sambil menangis teresak-esak.
Dia menjelaskan bahawa isteri dan anak-anaknya telah merancang untuk melawatnya di Pontianak kerana sudah setahun dia bekerja di situ.
Saya terakhir menghubungi (mereka) melalui handphone sebelum keluarga masuk pesawat yang hingga kini belum dapat maklumat.
Isteri sempat kirim foto bayi mereka
Yaman Zai turut memaklumkan bahawa isterinya sempat mengirimkan gambar bayi mereka pada hari pesawat malang itu dilaporkan terhempas. Menurutnya, dia berasa pelik apabila pesawat yang sepatutnya dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Supadio, Pontianak itu lambat tiba daripada waktu yang sepatutnya. Dia malah cuba pula menghubungi isterinya tapi gagal.
Isteri dan tiga anak saya menaiki pesawat itu. Hari ini, isteri saya ada hantar gambar bayi kami. Bagaimana hati saya tidak berkecai apabila mengenangkan nasib mereka.
Sebuah klip video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @antoni_informasi memperlihatkan sang suami ini menangis sambil menantikan isteri dan anak-anaknya di lapangan terbang akhirnya tular dalam kalangan netizen sehingga mencecah lebih daripada 12 juta views.
@antoni_ans Yg sabar ya pak..#prayforsj182 #sj182 #sriwijayaair #sriwijayaairsj182
Allahu, sebak min tengok suaminya teresak-esak tunggu isteri dengan anaknya sampai airport. Semoga si suami tabah dan takziah diucapkan kepada semua keluarga mangsa nahas.