in

“Seluar senteng” – [VIDEO] Ingatkan Orang Susah, Sekali Pakcik Ni Bikin Kejutan Pakai Kereta Mercedes!

pakcik pakai mercedes ingat orang susah video

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pepatah Inggeris ada mengatakan, ‘Don’t judge the book by it’s cover’ yang memberi maksud janganlah kita menilai seseorang itu daripada penampilannya kerana mungkin dia seorang yang hebat di sebalik gayanya yang biasa-biasa itu.

Pepatah ini nampaknya sangat kena dengan sebuah video TikTok yang dikongsi @itseddyikhwan, apabila dia ternampak seorang pakcik tua sedang duduk di tepi jalan.


 

“First nampak pakcik ni kesiannya…” 

Menurutnya, pertama kali dia melihat pakcik tersebut yang duduk di tepi jalan itu, timbul rasa kesian kerana pakcik itu dilihat memakai seluar senteng sebelah dengan selipar buruk yang dipakai buat ke tandas.

Sangkanya lagi pakcik tersebut mungkin sedang menunggu anak untuk diambil pulang tapi lain pula jadinya apabila pakcik berkenaan dilihat menuju ke sebuah kenderaan jenis Mercedes dan memandu pulang. Tergamam min bila tengok ye… 

https://www.tiktok.com/@itseddyikhwan/video/7105564666356682011?_t=8SuHBrzo8X3&_r=1

 

“Ingatkan dia susah, rupanya aku lagi susah dari pakcik tu” 

Rata-rata netizen yang melihat video itu berasa terpegun dengan apa yang berlaku dan memuji pakcik berkenaan kerana bersikap zuhud serta tidak mempamerkan kekayaan secara berlebihan.

susah pakcik

Salute pakcik ni tetap relax tak pamer harta kekayaannya walaupun berduit rupanya. 

Baca: “Tapi masih ‘humble'” – [VIDEO] Datuk Lee Chong Wei Dikatakan Pemain Badminton Paling Kaya?

chong wel

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.