Kalau pistol pun susah nak perasan, ini kan pula pen.
Ok, korang cuba bayang, korang tengok benda tu hanya sebatang pen. Bila korang godek-godek korang jumpa 1 peluru dalam dia? Haa korang akan buat apa? Jangan jenguk-jenguk pula orang yang korang tak suka, sabar.
Ini lah yang dijumpai oleh polis Kabul di Afghanistan! Senjata api berbentuk silinder kecil yang tak ubah seperti sebatang pen dan boleh diisi hanya 1 butir peluru.
Menurut Harian Metro, senjata api jenis pen ini adalah antara rampasan yang dorang jumpa sejak beberapa bulan lalu.
Tak ubah macam pen kan?
“Senjata itu berbentuk seperti pen mekanikal dan peluru diletakkan di dalam ruang seperti bekas dakwat” – Jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah Kabul
Dia juga menjelaskan bagaimana ia berfungsi :
Nampak sama seperti pen lain, hanya sasar, tekan dan ledakkan peluru.”
Mudah kan?
Pada minggu lalu, dorang berjaya merampas pen gun ni sebanyak 48 batang, turut dijumpai senjata lain seperti bom yang boleh diletakkan pada kenderaan dan diletupkan dari jarak jauh.
Penemuan ini sekaligus telah menjadi ancaman kepada rakyat Afghanistan kerana ia sukar dikesan dan mudah dibawa di mana-mana.
Kreatif tapi bahaya…
Baca : [Video] Kecoh Pasal Video Kejar Mengejar & Gambar Tular Polis Acu Pistol Di Banting Rupa-rupanya…