“Sek Kito Jange Pecoh” – Itulah frasa yang selalu kita dengar atau terbaca setiap kali adanya perbincangan atau perbualan melibatkan orang yang berasal dari Kelantan. Umum ketahui, biasanya orang yang berasal dari Kelantan ini boleh dikatakan ada dimana – mana kerana mereka gemar untuk keluar dari negeri sendiri untuk berniaga atau mencari peluang pekerjaan.
Menariknya, jika kita perhatikan, mereka ini akan secara tidak langsung mewujudkan satu komuniti ‘geng mereka’ dalam cara sedar atau tidak. Kita ambil contoh mudah, kalau kedai makan yang berkonsepkan Kelantan, pastinya yang akan menyokong kedai tersebut adalah orang – orang Kelantan jugak. Perasan tak? Tapi, ini bukanlah bermaksud orang negeri lain tak makan di kedai itu…
Semangat kerjasama dan saling membantu antara mereka (lebih – lebih lagi di tempat asing) inilah berkemungkinan keluarnya frasa ‘sek kito jange pecoh’ ini, yang bermaksud ‘orang kita jangan berpecah’.
Selain mereka ni saling bantu membantu diluar, rupanya konsep yang sama juga digunakan dalam media sosial! Namun, min yakin, sebenarnya bukan hanya mereka, tetapi rakyat Malaysia biasanya jarang mengecewakan apabila melibatkan Malaysia.
Inilah yang terjadi kepada laman media sosial sebuah rancangan sejarah antarabangsa, History Channel baru – baru ini dan semuanya bermula dengan perkongsian Kleweng Kelantan oleh salah satu daripada rancangan terbitan mereka Legendary Blades of Asia.
https://www.facebook.com/HISTORYasia/posts/10158436772573754
Tiada info yang salah dikongsikan oleh posting berkenaan, tetapi apa yang menarik perhatian kami adalah diruangan komen. Mana tidaknya, ramai orang kita, terutamanya yang berasal dari Kelantan turut berkongsikan ‘senjata – senjata’ legend masing – masing.
bidas, nyapuh lidi, napa tawa
Sampai sekarang, min tak boleh nak berhenti gelak tengok komen diorang ni tau! Korang ni memang jarang lah mengecewakan. Hikhik.
BACA : Dakwa Diri Sebagai Kardashian Kelantan Untuk Bergurau, Neelofa Terima Kecaman Netizen