Fenomena catfishing ini bukanlah perkara yang baru dalam dunia atas talian, ia merupakan aktiviti penipuan yang dilakukan oleh individu yang menggunakan identiti orang lain untuk tujuan tertentu.
Dalam kebanyakan kes, catfish ini biasanya menggunakan gambar orang lain yang lebih cantik dan seterusnya menjalinkan hubungan dengan mangsa secara online, biasanya tujuan mereka adalah untuk mencuri duit mangsa secara halus.
Terbaru, seorang gadis yang dikenali sebagai Khalisah berkongsi ceritanya menjadi salah seorang mangsa catfish, ia berlaku apabila seorang individu telah menggunakan gambar serta perihal peribadinya untuk menipu orang lain.
https://www.tiktok.com/@sol.lov3r/video/7123913944103767322?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7080453898682746370
“Saya pernah melaporkan perkara ini kepada pihak polis dan ini merupakan kali kedua dia melakukan perkara yang sama. Tak terkejut jika dia buat lagi…” tulisnya dalam laman TikTok.
Gadis yang dikenali sebagai Nurin Izzati itu telah melakukan aktiviti tersebut sejak tahun 2020 dan sebelum ini mangsa pernah membuat laporan kepada pihak berkuasa, pun begitu dia masih terus menggunakan gambarnya untuk memperdaya orang lain.
Terpaksa private akaun media sosial
Selain itu, dia meminta orang ramai untuk menyebarkan perihal ini kerana keselamatannya terganggu apabila ramai lelaki yang berkata mereka mengenalinya sejak beberapa bulan walhal dia tidak pernah berinteraksi dengan mereka.
Khalisa juga memberitahu dia terpaksa archive gambarnya dan set akaun Instagram dan Twitter-nya kepada private hanya kerana kes catfish ini.
Dia juga berkata gadis ini banyak menipu orang dalam aplikasi Telegram, Discord dan platform game Plato.
Jaga-jaga semua!