in

“Saya sedekah buat anak bakal lahir nanti” – Bakal Bapa Tak Mampu Beli Kereta, Offer Swap Motor Sendiri

Kereta Swap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan bahawa mempunyai anak adalah satu rezeki buat pasangan suami isteri, namun begitu akan timbul satu komitmen yang lebih besar.

Lelaki yang bakal menjadi ayah ini ada membuat satu perkongsian yang mengundang sebak warga maya, dalam hantarannya di Facebook, dia ingin menukar motosikalnya dengan kereta.


Artikel berkaitan : Sihir, Bomoh, Pengkid & Lahir Anak Luar Nikah Diwartakan Jenayah Syariah Baharu di Terengganu

Artikel berkaitan : Isu Tugas Isteri Hanya Melahirkan  Susukan Anak, Mufti Pulau Pinang Beri Penjelasan

Dalam hantaran itu, bakal bapa yang dikenali sebagai Farees menjelaskan bahawa dia berharap agar ada yang sudi membuat penukaran itu, lebih-lebih lagi dia dan isterinya bakal menimang cahaya mata pertama pada November ini.

449982161 1395910537760497 1552892515975654958 N 449986745 1395910587760492 3216715749599341265 N

Dia juga menjelaskan bahawa dia tidak mampu untuk membeli kereta baharu, sebab itu dia mendapat idea untuk dengan menukar motosikalnya. Dia menyebut bahawa dia terbuka kepada apa-apa jenis kereta kerana dia memerlukannya untuk persiapan kelahiran bayi.

Farees mendedahkan bahawa isterinya akan memilih kereta yang dia percaya terbaik untuk bayi itu dan dia menyokong penuh keputusannya.

450327864 1395910607760490 3866690395641146879 N

“Saya akan menukar motosikal saya dengan apa sahaja kereta yang saya boleh dapatkan. Saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli kereta. Tidak kira apa jenis kereta. Saya akan ambil apa sahaja kereta yang isteri saya suka. Saya akan menyokong keputusannya. Dia bos.”

Hantaran itu telah mendapat perhatian daripada netizen, ada juga yang menawarkan untuk menukar kereta mereka dengan motosikal Farees tanpa perlu membayar sebarang jumlah tambahan.

Screenshot 2024 07 12 165224 Swap Swap 2 Swap 3

Screenshot 2024 07 12 165510

Alhamdulillah, ada yang baik hati sudi sedekah, semoa urusan mereka dipermudahkan dan dimurahkan rezeki untuk kedua-dua pihak ini.

Sumber : Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.