Penyanyi lagu Bey Soba Bey, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, menerusi jurubahasa bebas yang dilantik mahkamah hari ini memberitahu bahawa semasa hari kejadian, ada 4 individu lain telah memasuki bilik hotelnya sebelum polis melakukan serbuan.
Katanya, empat individu terbabit dikenalinya sebagai Nabila, Mek Jue, Mek Da dan Sirik.
Artikel berkaitan : “Papa… mama!” – Anak-anak Ceria Dapat Lihat Penyanyi Bey Soba Bey Di Sebalik Jaring Trak
Artikel berkaitan : Rayuan Ikat Jamin Penyanyi ‘Bey Soba Bey’ Ditolak Oleh Mahkamah Thailand
“Nabila dan Mek Ju telah masuk ke bilik saya kira-kira jam 3 pagi. Selepas berbual sekejap, Mek Ju masuk ke dalam bilik air selama lebih kurang 15 minit.
“Saya lihat Mek Ju ada bawa beg galas warna biru masuk ke dalam bilik air. Selepas 15 minit kemudian Nabila dan Mek Ju telah keluar dan meninggalkan bilik berkenaan,” katanya menjawab soalan peguam.
Harini, Eda Ezrin menjadi individu pertama yang memberi keterangan pada hari ketiga perbicaraan kes berkaitan memiliki 6,059 biji pil kuda yang ditemukan di dalam sebuah bilik hotel di Golok pada 1 November lalu.
Menurut sumber, dia memberikan keterangan selama sejam. Dalam keterangannya lagi, terdapat 2 lagi individu yang dikenali sebagai Sirik dan Mek Da telah masuk ke dalam biliknya selepas itu.
“Kemudian, Mek Da terus masuk ke dalam bilik air sementara Sirik berbual-bual dengan saya. Selepas Mek Da keluar dari bilik air, mereka berdua meninggalkan bilik penginapan berkenaan.”
“Lebih kurang 10 minit selepas itu polis melakukan serbuan.”
Mahkamah Wilayah Narathiwat hari ini menetapkan tarikh 6 Mac nanti sebagai keputusan kes penyanyi wanita itu bersama suami, Mohd Affendi Ahmad, 35, serta 4 lagi rakan mereka iaitu Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33, Zuhaira Nasrin, 26, dan Erdieka Mohd Noor, 33.
Untuk rekod, 14 Januari lalu media melaporkan Eda Ezrin, suami dan empat lagi rakannya didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas dua kesalahan iaitu mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda. Kesemua tertuduh mengaku mengambil dadah di hadapan Hakim Yuan Khao Kham.
Sumber : Sinar Harian