Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita seorang pelawak Malaysia yang kini ditahan di Arab Saudi ataus kesalahan dadah.
Pelakon Malaysia, Anthony Joseph Hermas Rajiman atau lebih dikenali sebagai Tony Eusoff berkongsi pengalamannya yang pernah berdepan dengan situasi sama tetapi di penjara Singapura.
Artikel berkaitan: “Hukuman dah dijatuhkan” – Pelawak Popular Ditahan Di Jeddah Dipenjara 6 Bulan
Artikel berkaitan: Banduan Dipenjara 75 Tahun Dedah Sebab Kenapa R*gol Anak, Kata Nak ‘Merasa’ Sebelum Orang Lain
Pada tahun 2016, Tony dijatuhi hukuman penjara lapan bulan di Singapura kerana memiliki dadah jenis ganja di sempadan Malaysia-Singapura (Tuas Checkpoint), dia bagaimanapun dibebaskan selepas menjalani hukuman lima bulan 10 hari kerana berkelakuan baik.
View this post on Instagram
“Saya ketakutan dan saya rasa bersalah terhadap ibu saya. Sebelum saya masuk penjara, ibu dan sepupu saya datang ke Singapura untuk menghantar saya pergi,” kata Tony.
Pelakon filem Mencari Ramlee itu berkongsi ibunya pada ketika itu menangis selepas memluknya buat ‘kali terakhir’ sebelum dia dipenjarakan.
“Bagi seorang anak, tiada apa yang lebih menyayat hati daripada melihat ibu anda menangis kerana sesuatu yang anda telah lakukan,” tambahnya.
Tony mendedahkan pada mulanya, keluarga mendakwa dia telah difitnah namun dia menafikannya dan mengakui ianya adalah atas kebodohannya sendiri.
Bercakap mengenai pelawak Malaysia yang ditahan di Arab Saudi itu, Tony mengingatkan agar tidak cepat menghukum serta membuat spekulasi.
Sumber: CNA