Semalam, seorang pemandu telah menjadi perhatian apabila dia secara tidak sengaja telah merempuh enam buah gerai bazar Ramadan di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan dengan kereta.
Menurut Astro AWANI, wanita yang dikenali sebagai Nur Shaliyana Abdullah telah merempuh khemah bazar Ramadan pada sekitar jam 10 pagi Sabtu.
Jadi, pada kejadian tersebut berlaku, tiada peniaga atau pengunjung bazar yang berada di lokasi.
Menurut Shaliyana, kejadian berlaku ketika dia hendak meletakkan kenderaannya di situ kerana kedai sewa miliknya terletak di sekitar kawasan itu.
Entah bagaimana saya boleh rempuh enam buah khemah bazar itu sebab selalunya saya memang letak kereta di situ,” katanya.
Wanita yang berusia 34 tahun itu juga mengatakan bahawa dirinya sudah menekan brek namun entah bagaimana, tetap terlanggar juga gerai-gerai bazar itu.
Walau bagaimanapun, dia bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku dan dia juga akan membayar ganti rugi kesemua gerai dan meja yang rosak dalam kejadian itu.
Katanya lagi, dia telah dibantu oleh beberapa orang peniaga berdekatan untuk keluar dari kenderaan selepas kejadian.
Dia juga telah memohon maaf kepada peniaga-peniaga bazar yang terkesan dalam kejadian itu dan mereka bersetuju untuk selesaikan perkara itu dengan cara yang baik.
Sumber: Astro AWANI, Berita Harian
Baca: Kereta Kena ‘Block’ Dengan Khemah Peniaga, Netizen Kritik Cara PBT Urus Tapak Bazar Ramadan