in

“Saya boleh bagi harga mampu milik” – Aliff Syukri Dakwa Bakal Disaman Gara-gara ‘Design’ Beg Sama Dengan Jenama Terkenal

beg sama dengan jenama terkenal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak yang ingin menyamannya kerana dia didakwa mengeluarkan rekaan beg sama yang pernah tular sebelum ini.

Dalam potongan klip video daripada siaran langsung di TikTok, Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata sebagai peniaga mereka tidak boleh cemburu dengan rezeki yang ditetapkan oleh Allah SWT.


Aliff menganggap pihak yang menyaman itu seperti menyekat rezeki orang lain dan seharusnya peniaga tersebut perlu mempercayai kredibiliti produk mereka.

Artikel berkaitan: Aliff Syukri Mengalah, Bertemu Bonda Rozita Ketika Acara Sekolah Anak

Artikel berkaitan: Gara-gara Isu Tarif, Pengilang Di China Didakwa ‘Expose’ Jenama Mewah Buat Barangan Di Kilang Mereka

Jelasnya lagi, tiada masalah jika peniaga itu menjual produk yang sama asalkan tidak meniru rekaan daripada peniaga lain.

“Apabila awak menyekat rezeki orang dengan saman, tak baik lah. Bagi saya kalau berniaga kena percaya dengan kredibiliti awak dan target market.

“Asalkan orang tersebut tak ambil jenama awak dan tiru reka bentuk 100%, saya rasa okay,” ujarnya.

@modelistaempire

#aliffsyukri

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Jual beg harga mampu milik

Menurut Aliff, dia menjual beg tersebut dengan harga mampu milik dengan niat mahu membantu mereka yang kurang berkemampuan.

“Saya hormat dengan semua peniaga, tidak kisah peniaga kecil atau besar.

“Saya punya niat apabila berniaga bukan nak berlawan dengan orang tetapi berniaga nak bantu orang yang mungkin nak beli yang mahal tapi tak mampu.”

Dalam pada itu, Aliff sekali menegaskan bahawa rekaan beg yang dijualnya itu tidak sama dengan rekaan beg jenama terkenal terbabit.

“Saya terkilan kenapa nak saman? Tengok sama ke tak sama?”

Justeru, Aliff menyatakan pihak berkenaan tidak boleh menganggap rekaan beg itu hanya eksklusif untuk mereka sahaja.

Apa pendapat korang tentang isu ni?

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.