in

“Saya bangga saya PONDAN” – [VIDEO] Isma Yusof Buat Pengakuan Terbuka, Netizen Terpedaya Dengan Lakonan Lelaki Sejati

ft isma

Baru-baru ini video dimuat naik pengarah dan pelakon, Isma Yusof mendapat perhatian netizen di media sosial. Video yang dimuat naik di Instagram Isma itu bertujuan untuk membuat penjelasan dan pengakuan bahawa dirinya merupakan seorang transgender.

Saya bangga saya PONDAN. Saya hanya tertarik kepada Lelaki Maskulin. Insyaallah.”

Dalam video itu, Isma turut menjelaskan lebih lanjut tentang hal itu memandangkan katanya ramai yang keliru dan terkejut melihat Isma berperwatakan lembut sedangkan ketika berlakon dia seorang lelaki sejati.

butang

Sebab itulah, Isma tampil menerangkan dan meminta agar netizen tidak tertipu dengan watak lakonan, dah nama pun berlakon kan. Mestilah perlu melakonkan watak yang diberi namun rupanya netizen dikaburi dengan lakonannya selama ini.

Ya, saya memang pondan, saya memang dari kecil dari azali, kalau korang tengok gambar saya masa kecil, memang dah pose macam pondah dah.”

Cuma korang semua tengok lakonan saya, of course bila saya masuk industri saya diberi watak lelaki sejati, watak LGBT saya ada lakukan dua kali.”

https://www.instagram.com/p/CJaxj1EB7dH/

Korang terpedaya dengan lakonan saya, korang rasa saya straight, bila you keluar, you jumpa I dekat luar nampak I macam lembut, you macam terkejut.”

Korang faham tak jobscope pelakon tu apa? Melakonkan watak tau bukan memainkan watak diri sendiri.”

Bukan itu saja, kata Isma ramai juga yang terkejut kerana perwatakan lembutnya tidak selari dengan penampilannya yang tidak kelihatan seperti wanita. Menurutnya, dia sangat gembira dan berasa cukup dengan sifat fizikal serta wajahnya yang seperti lelaki tanpa perlu mengubah apa-apa pun bahagian anggota badannya.

Ada pula yang question I punya suara, I punya tone suara, question pula muka I ni muka jantan, tak muka Sajat lah, tak macam muka pondan pondan yang makan hormon. Kenapa nak kena makan hormon?”

I’m happy with my face. I’m happy with my body. I’m happy with my voice. I tak ada tiba-tiba rasa nak kepit suara.” 

https://www.instagram.com/p/CKswHDsBDMW/

Dalam pada itu, video tersebut turut tular di Twitter selepas ia dimuat naik semula dan meskipun mengaku sebagai pondan netizen tidak kisah dengan perkara itu sebaliknya memuji lakonan Isma. Menurut mereka, usaha Isma memberikan kualiti lakonan yang terbaik berhasil kerana watak-watak yang dilakonkannya masih diingati hingga kini. Antaranya adalah watak ‘Butang’, lakonannya dalam telefilem ‘Antara Garisan’ dan ‘Sutun 2’.

 

Baca: “Sayalah loser tu” – Janna Nick Menangis, Buat Permohonan Maaf Terbuka Lepas Bergaduh Dengan Netizen Awal Tahun 2021

nangis janna