in

“Saya akan didera kalau tanya dia ada perempuan lain” – Wanita Dedah Jadi Mangsa BF Kaki P*kul

ft bf kaki pukul

Bukan semua wanita bernasib baik memiliki pasangan yang berhati mulia, kadang-kadang mereka bukanlah kekal bersama teman lelaki yang dilabel red flag itu atas dasar sayang, tetapi ‘terikat’ dengan ancaman sikapnya yang narsistik seperti wanita yang dikenali sebagai Natalie Eloise ini.

Menerusi Instagram miliknya, dia kongsikan kecederaan di badan dan cermin keretanya yang pecah, dia juga mendedahkan sikap toksik teman lelakinya itu yang panas baran.

Artikel berkaitan : Baru 11 Bulan Kahwin & Pernah Bercerai, Suami Naik Tangan Bila Kantoi Curang Lagi

Artikel berkaitan : Suami Curang Berzina Siap Rakam Video, Isteri Tanggung Derita Hidap HIV

Pada mulanya, Natalie menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk kongsikan ke mata umum tetapi kesabarannya sudah melebihi hadnya pada 3 Ogos lepas saat dia dan teman lelakinya itu menghadiri satu majlis hari ulang tahun seseorang.

Katanya, teman lelakinya itu mula minum minuman alkohol sekitar jam 9.40 malam dan ia berlarutan sehingga jam 2 pagi. Namun begitu, dia tidak mengambil sebarang alkohol pada malam tersebut, katanya lagi, dalam keadaan mabuk, dia secara tiba-tiba menjadi tempat untuk melepaskan geram teman lelakinya itu akibat berlaku perselisihan faham dengan kawannya.

Screenshot 2024 08 07 132705

“Bila kami balik ke tempat dia, dia mula lepaskan marah dia diisebabkan hal remeh di mana berlaku perbalahan kecil antara dia dengan kawan dia. Dia mula cekik saya beberapa kami, tarik rambut saya, tolak saya dan tampar saya.”

Screenshot 2024 08 07 132720

Keganasan terhadapnya itu berlarutan sehingga sejam dan saat dia mahu tenangkan diri di tandas, wanita ini cuba cari peluang untuk lari sebab rasa tak selamat.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah yang jaraknya hanya 5 minit dari lokasi kejadian, dia mula perasan ada kereta yang dipandu dalam keadaan bahaya menuju ke arahnya dan itu adalah teman lelakinya cuba halang laluan keretanya.

“Kereta kami berhenti dekat 2 barisan jalan raya. Dia keluar dari kereta dan mula maki hamun saya sebab tinggalkan dia, dia mula tendang kereta saya dan tumbuk tingkap kereta saya untuk buka pintu kereta saya. Kejadian ini berlaku dalam pukul 5 pagi.”

“Dia buka pintu kereta saya dan tendang saya, tarik rambut saya dan tumbuk telinga kanan saya, rahang saya, cekik saya dan tarik baju saya.”

“Kereta dari arah bertentangan keluar dan tanya kenapa kami berhentikan kereta kami dekat jalan raya, dan saya gunakan kesempatan itu lagi untuk pandu pulang ke rumah.”

 

Dah curang, selalu kena pukul

Screenshot 2024 08 07 132737

Natalie berkata, sepanjang mereka menjalinkan hubungan, dia seringkali didera dan dicurangi dan dia selalu didera apabila bertanya tentang kecurangan teman lelakinya itu.

“Sepanjang hubungan kami, saya didera dan dicurangi beberapa kali juga. Saya dipukul hanya kerana tanya jika dia tengok perempuan lain, terutamanya bila saya perasan matanya ketika dia mabuk, dia akan pukul saya sebab tuduh dia.”

Screenshot 2024 08 07 132758

“Semalam, saya dapat tahu yang dia ada buat akaun media sosial baru dengan nama yang pelik-pelik untuk mesej, minta gambar bogel, hantar gambar bogel dan rancang untuk berjumpa. Kesemua perempuan ini sama ada daripada kisah silamnya, kenalan baru, atau yang dia jumpa dekat parti.”

Screenshot 2024 08 07 132812

Wanita ini berharap apa yang menimpa kepada dirinya ini adalah untuk dijadikan sebagai peringatan buat wanita di luar sana dan untuk dirinya sendiri agar sentiasa berpada-pada dalam memilih teman hidup.

Sumber : Instagram