Tidak dinafikan, sebahagian rakyat Malaysia adalah perokok, baik rokok biasa ataupun rokok elektronik yang lebih dikenali sebagai vape. Industri vape di negara kita kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan dengan wujudnya banyak kedai yang menjual produk itu dengan pelbagai perisa dan rupa.
Terkini, orang ramai risau dengan rupa vape terbaharu yang dikenali sebagai ‘Tiger Pod’. Menampilkan rupa yang agak comel seakan-akan lego, vape ini telah menimbulkan rasa risau orang ramai terhadap pengaruhnya kepada golongan remaja dan kanak-kanak. Cuba korang tengok tweet @Fahmibinhassan dibawah ni.
Industri vape: kami nak bantu perokok berhenti, bukan nak jual kepada kanak kanak, remaja dan bukan perokok.
Tapi buat vape yang menarik minat kanak kanak, remaja, dan bukan perokok.@Kelvinyii88 pic.twitter.com/RfBQSZDbOg
— Fahmi Hassan RPh (@Fahmibinhassan) January 15, 2023
Comel sangat tu
Sekali pandang produk vape ini memang ternyata comel dan rasa nak beli. Namun, tiada info mengenai harga jualan di pasaran. Rata-rata netizen meluahkan kerisauan dengan penampilan ‘Tiger Pod’ ini yang berkemungkinan besar mampu menarik golongan remaja untuk membeli dan menghisapnya.
Min sangat setuju. Trend yang sangat merisaukan terutamanya untuk golongan muda. Harap kerajaan cepat laksanakan Generation End Game (GEG) untuk produk tembakau dan rokok elektronik.
Sekali pandang memang nampak macam lego. Tapi sebenarnya vape. Comel macam ni siapa sebenarnya target market kalau bukan golongan muda kan.
Dengan adanya produk macam ni, mungkin akan merosakkan juga pemain industri vape. Mungkin juga peraturan dan undang-undang yang lebih ketat akan dikenakan kepada mereka.
Baca: Tular Video Rakaman Di Sebuah Kilang Vape, Netizen Terkejut Lihat Cara Pekerja Periksa Kualiti