in

“Sakit perut, susah buang air” – Ibu Tak Sangka Anak Usia 20 Bulan Hidap Kanser Ovari Tahap 3

Bayi Kanser Ovari Tahap 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu mana yang tidak sayu melihat anak yang dikandung selama sembilan bulan menderita sakit, apatah lagi pada usia yang kecil.

Begitulah kisah yang dilalui wanita ini apabila anak bongsu yang baru berusia 20 bulan disahkan menghidap penyakit kanser ovari tahap tiga.


Kerap sakit perut & sembelit

Memetik laporan Sinar Plus, Fallarystia Sintom berkata anak kesayangannya yang bernama Daneen Auni Riksi kerap mengadu sakit perut sejak Ogos lalu.

Artikel berkaitan: “Berat ujian” – Netizen Sebak Lihat Nasib Bayi 2 Tahun Hidap Kanser Darah Ini Positif Covid-19

Screenshot 2024 11 28 172935

Disebabkan itu, dia telah membawa Auni ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut namun, terpaksa rujuk ke hospital selepas menerima jawapan yang menghampakan.

“Disebabkan Auni belum pandai bercakap, dia hanya menangis saja bila sakit dekat perut. Lagi saya susah hati bila dia susah nak membuang air besar.

“Makin lama dia kerap merengek dan selalu minta dukung. Tak mahu berjalan macam dia aktif dulu sehingga membuatkan saya terpaksa merujuk ke hospital,” katanya yang menetap di Kampung Mangin, Kota Marudu, Sabah.

Screenshot 2024 11 28 172917

Pada awalnya, Fallarystia tidak dapat mengesan kanser itu sehinggakan keadaan Auni bertambah buruk dimana tahap oksigen dan tekanan darah si kecil itu turun mendadak.

Hasil beberapa ujian dilakukan pakar, barulah penyakit Auni diketahui namun berita berkenaan sukar diterima Fallarystia.

“Memang saya terlalu terkejut dan tak percaya sebab pada awalnya doktor maklum ada ketumbuhan dan berlaku pendarahan. Bila doktor beritahu semua itu, saya benar-benar rasa nak pitam.”

Disebabkan ukuran ketumbuhan mencecah lebih 13.5 sentimeter, Auni terpaksa menjalani satu pembedahan segera termasuk membuang organ ovari kanan.

Screenshot 2024 11 28 172947

Difahamkan, Auni kini perlu menjalani satu-satunya rawatan iaitu kemoterapi di Hospital Likas demi memastikan sel-sel kanser dalam badan dapat dimusnahkan.

Selain itu, Auni juga perlu menjalani ujian darah setiap tiga hari di hospital berbeza bagi membolehkan kondisinya betul-betul kuat untuk rawatan kemoterapi.

Screenshot 2024 11 28 173002

Ibu kepada dua orang anak ini mengharapkan anak bongsunya itu dapat sembuh dan bebas daripada sel-sel kanser sepenuhnya, walaupun disahkan tahap tiga.

Orang ramai boleh menyalurkan dana sumbangan terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1299541100001114 atas nama Fallarystia Sintom.

Sumber: Sinar Plus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.