in

“Sajat tetap lelaki di negara ini” – Timb. Menteri Hal Ehwal Agama

nur sajat tetap lelaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial beberapa hari lalu mengenai usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat telah menukar jantinanya kepada perempuan di Australia.

Isu itu kemudian telah mendapat perhatian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary yang menegaskan transgender itu tetap lelaki di negara ini.


https://www.instagram.com/p/CYZAziOlCza/

Menurut Astro AWANI, ia berdasarkan maklumat yang tertera di kad pengenalannya yang menentukan jantina Sajat yang sebenar meskipun lelaki itu didakwa telah menukar jantinanya kepada wanita.

Itu di negara lain. Dalam negara kita, dia tetap lelaki sebagaimana di dalam kad pengenalannya.

Sama ada dia nak pilih negara mana, alam mana untuk tentukan jantina itu, kita tak campur. Itu dia punya pasal,” katanya semalam.

41629021976 TBAhmadMarzukShaary

Dalam pada itu, Sajat menerusi akaun media sosialnya beberapa hari lalu mendedahkan telah menukar status jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.

Moga diberikan hidayah yang terbaik buatnya suatu masa nanti. 

Baca: “Rasa seperti dilahirkan semula” – Sajat Berjaya Tukar Status Jantina?

sajat

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.