in

Rupanya Ada Mesin Gedegang Jual Buku Di KL!

f1 mesin layan diri jual buku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sering melihat mesin gedegang atau vending machine menjual makanan dan minuman di tempat-tempat awam seperti di kawasan universiti, stesen pengangkutan awam dan hospital kan.

Namun, tahukah anda ada vending machine yang menjual buku di di sekitar Kuala Lumpur?


BookPod, iaitu mesin buku layan diri ini telah diletakkan di beberapa stesen LRT dan MRT di sekitar Kuala Lumpur dan yang paling terkini ialah, sebuah mesin gedegang menjual buku ini telah tersedia di stesen MRT TRX.

3 3

Menurut Facebook BookPod, stok buku yang dijual menerusi mesin layan diri itu akan bertukar setiap dua minggu.

Difahamkan, antara buku-buku yang dijual adalah buku terbitan tempatan seperti dari syarikat penerbitan Fajar Pakeer, PTS, Iman, The Patriots, Katapilar dan Idea Kreatif.

1 6

Artikel Berkaitan: “Selalu makanan & air je”- Ramai Puji Idea Inovatif Jenama Siti Khadijah Jual Telekung Dalam ‘Vending Machine’

Artikel Berkaitan: Keluarga Ini Dipuji, Sedia Minuman Percuma Untuk Rider Melalui Vending Machine Di Luar Rumah

Cara nak beli buku dengan mesin buku layan diri ini pun sangat mudah, sama je macam cara korang nak beli air dengan mesin gedegang tu.

Tekan je skrin, pilih buku yang diinginkan, pilih kaedah pembayaran dan kod QR akan terpapar pada skrin mesin tersebut. Selepas tu, imbas kod tersebut dan bayar.

Namun, mesin layan diri yang menjual buku ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana pada tahun lalu, kedai buku popular Bookxcess juga telah mula menjual buku-buku mereka menerusi mesin layan diri dengan konsep yang sama iaitu BookBot.

Menurut The Star, mesin buku layan diri BookBot pula telah diletakkan di The Curve dan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Rata-rata netizen yang merupakan ulat buku menyambut baik idea kreatif menjual buku melalui mesin layan diri kerana ia lebih mudah.

Sumber: Facebook BookPod, Facebook Ahmad Saifuddin Amran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.