in

“Rumah tu dulu pernah meriah” – Tinggal Sendirian, Ramai Sebak Tengok Pakcik Terlantar Dalam Rumah

pakcik tinggal sendirian netizen sebak1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sayu hati melihat keadaan seorang lelaki tinggal sendirian dengan terlantar sakit, hanya bertemankan seekor ayam dan kucing dalam rumah.

Perkara itu dikongsikan oleh Exco Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti Melaka, Datuk Kalsom Noordin ketika beliau menziarahi sebuah rumah di Kampung Bukit Piatu.


Seorang wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) melaporkan keadaan Pakcik Mazalan semakin teruk sejak awal tahun ini dan dia memerlukan bantuan.

“Dulu keadaan dia tak ada macam ni teruk, sekarang ni lebih teruk lah. Keadaannya yang tidur dan makan dengan ayam (dalam rumah),” kata wakil JPKK.

Artikel berkaitan: “Mak meninggal, ayah dalam penjara” – Budak Lelaki Ditemui Tinggal Sendirian Di Dobi

Artikel berkaitan: “Inilah sahabat jiwa & raga saya” – Wanita Sanggup Berhenti Kerja Demi Jaga Ayah Terlantar Sakit

Dalam video itu, dapat dilihat keadaan dalam rumah yang tidak terurus dan makanan terbiar kerana keadaan Pakcik Mazalan yang tidak sihat.

@kalsomnoordin

Kisah hidup Encik Mazalan yang hidup bersendirian. Alhamdulillah hari ini saya dan team datang membantu apa yang patut. Kita sama-sama doakan semoga segala urusan En Mazalan dipermudahkan 🤲 Terima kasih JKM Melaka Tengah, MAIM dan Hospital Besar Melaka. 5.5.2025 #wakilrakyatuntukrakyat #wrurdunpengkalanbatu #kaksomuntuksemua #pengkalanbatubersihindahharmoni #dunpengkalanbatu

♬ Very Sad – Enchan

Salah seorang jiran di kawasan itu memaklumkan, mereka ada juga datang menghulurkan bantuan seperti mengemas rumah tetapi dihalaunya.

Selepas mendengar laporan daripada wakil penduduk, Pakcik Mazalan dibawa ke Hospital Besar Melaka untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan sebelum dipindahkan ke pusat jagaan yang akan diuruskan pembiayaan oleh pihak DUN Pengkalan Batu.

“Rumah tu dulu pernah meriah”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat keadaan Pakcik Mazalan dan ramai yang bertanya tentang keberadaan keluarga pakcik itu.

Seorang individu mendakwa isteri pakcik itu sudah meninggal dunia dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Pakcik Mazalan sudah lama jatuh sakit dan kini dijaga oleh anak buahnya.

Screenshot 2025 05 06 161011 Screenshot 2025 05 06 161017 Screenshot 2025 05 06 161026

Dalam pada itu, netizen menitipkan ucapan terima kasih kepada ADUN Pengkalan Batu kerana memberi bantuan segera dan mendoakan urusan Pakcik Mazalan dipermudahkan.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.