in

“RM34 vs RM1498”- Tan Boon Heong Titip Pesan Buat Peminat ‘Makan Ikan Jangan Kancheong’, Ini Sebabnya…

ft tan boon heong tercekik tulang ikan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas pemain badminton negara, Tan Boon Heong sememangnya terkenal dengan sikapnya yang bersahaja dan sering melayan peminat di media sosial.

Terbaharu, Boon Heong ada memuat naik satu posting di Facebooknya yang menceritakan hari yang menurutnya tak bernasib baik, terpaksa berdepan dengan detik cemas dan bekas atlet berkenaan juga terpaksa ‘berbelanja’ besar akibat insiden tersebut.


Artikel berkaitan : “Macam taktau main lah” – Gelagat LCW & Tan Boon Heong ‘Ulas’ Game Momota Buat Netizen Terhibur!

Artikel berkaitan : “Sempat posing” – Aksi Bersahaja Tokti Ketika Main Badminton Dengan Tan Boon Heong Buat Netizen Terhibur

Menurut Boon Heong, dia memesan ikan stim yang berharga RM34 di sebuah kedai makan dan disebabkan dia perlu bergegas untuk ke lokasi lain, dia makan dalam keadaan tergesa-gesa sebelum tercekik tulang ikan tersebut.

cats 29

Selepas itu, dia pergi ke hospital berdekatan untuk mengeluarkan tulang ikan tersebut dari tekaknya. Dia bernasib baik kerana insiden itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan teruk.

“Pergi hospital nak buang tulang RM1453.60+RM45 = hancur”

Walaupun ‘hanya’ tercekik tulang ikan, prosedur untuk mengeluarkan tulang tersebut menyebabkan dia ‘rugi’ sebanyak RM1,498.60. Boon Heong walaubagaimanapun sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa pengajaran daripada insiden itu ialah “jangan ganjiong” yang bermaksud terburu-buru ketika memakan ikan.

Susulan insiden itu, ramai pengikut pemain badminton tersebut menyatakan kelegaan selepas mengetahui tiada apa yang serius berlaku kepadanya dan tidak kurang juga ada yang mengambil ‘kesempatan’ untuk bergurau di ruangan komen posting berkenaan.

Sumber : Facebook 

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.