in

“Risau kalau tak perasan” – Tular Video Disangkakan Padang, Rupanya Tasik

Tasik Disangka Padang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja yang tidak tertarik dengan pemandangan sebuah padang yang luas dan hijau? Namun, jangan sangka semua pemandangan itu seperti yang kita bayangkan.

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan keadaan sebuah kawasan yang menghijau cantik seperti seakan sebuah padang. Tapi jangan tertipu kerana pemandangan itu sebenarnya merupakan sebuah tasik!


Difahamkan, kejadian itu berlaku di Tasik Kelana Jaya. Tasik tersebut telah dilitupi tumbuhan hijau iaitu pokok kiambang.

@sabyaac

INI BUKAN PADANG BOLA baru ye, yang berlari / jogging here hati hatilah ! Especially kids ! 🫣 #tasikhijau #tasikpadang

♬ 오리지널 사운드 – 루아 LuA – 루아 LuaDoll🪽

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut meluahkan kebimbangan jika ada pengunjung kanak-kanak yang terjatuh ke dalam tasik itu kerana disangkakan padang.

Keadaan tasik itu bukan sahaja mengundang bahaya kepada kanak-kanak, malah orang dewasa juga boleh tidak perasan.

Baru buat projek pembersihan

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter tampil menjelaskan kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan dan kawasan tasik juga telah diletakkan pita keselamatan.

“Saya mewakili kontraktor, projek pembersihan secara besar-besaran baru sahaja bermula. Caution tape juga telah diletakkan supaya pengunjung tidak melepasi kawasan projek. Mohon doa agar projek berjalan lancar,” ciapnya.

Memetik sumber Kosmo!, tasik tersebut telah diliputi pokok kiambang sejak Januari lalu. Difahamkan, pembiakan pokok kiambang disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang membuang ikan bersama air akuarium yang mengandungi pokok itu dan keladi bunting di tasik tersebut.

Walaupun nampak cantik tumbuhan ini, tapi jika membiak secara tidak terkawal dan padat akan mengganggu saliran air di dalam parit atau tali air yang mana kesannya akan mengakibatkan berlaku banjir kilat.

Baca: Nak Main Basikal? Ini 7 Lokasi Popular Sekitar Lembah Klang

Basikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.