in

“Rezeki saya, rezeki anak-anak juga” – Chef Wan Hadiahkan RM10K Sempena Hari Jadi Serina

Untitled design 2022 06 03T160820.988

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan merupakan antara chef selebriti yang terkenal di Malaysia. Beliau mempunyai rangkaian rancangan masakan serta buku yang telah menjadi inspirasi ramai terutamanya yang berminat dalam bidang masakan.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga kini mempunyai beberapa rangkaian restoran dengan nama De’ Wan yang menyajikan masakan fusion Asia dan Barat.


Tanggal 2 Jun lepas merupakan hari jadi puterinya yang juga seorang pelakon iaitu Serina Redzuawan, menerusi laman Instagram, chef popular itu menghadiahkan sesuatu yang amat besar kepada anaknya itu.

https://www.instagram.com/p/CeSEwVQhNg5/?utm_source=ig_web_copy_link

Selain menyumbangkan beberapa permaidani dan peralatan dapur lamanya, Chef Wan berkata dia turut membantu menyumbangkan sejumlah dana bagi menampung kos pemasangan kabinet dapur di rumahnya.

“Rezeki saya ada lah rezeki anak2 juga. Dah nak siap masuk rumah esok Papa kasi 10K lagi for your other home accessories, lighting and fittings etc. That will be my birthday gift for u.” tulisnya. 

Chef Wan juga menyatakan, anak lelakinya Chef Riz dan isteri juga akan membeli apartmen tiga bilik tidur tidak lama lagi dan dia akan menjual rumah bekas isterinya di Ampang bagi memberikan sedikit wang kepada puteranya itu.

Di penghujung tulisannya, Chef Wan turut menegaskan dia tidak kisah dengan segala komen negatif mengenainya. Sebaliknya, dia mahu fokus menjalankan tugas sebagai bapa.

Bagusnya Chef Wan! Respek!

Baca: “Refund my money!” – Chef Wan Bengang Ditipu Pereka Landskap, Jumlah Anak Pokok Tak Sama Dengan Harga

chef wan ditipu pereka landskap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.