in

Restoran Nasi Lemak Caj Bilik ‘Aircond’ RM1 Tak Salah – KPDN

Syaz Ft 2024 11 11T111050.962

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila ada sebuah restoran nasi lemak terkenal mengenakan caj RM1 untuk menggunakan bilik berhawa dingin di premis itu.

Perkara itu menarik perhatian netizen dan ramai yang merasakan ianya sesuatu yang tidak wajar.


Artikel berkaitan: “Biarlah negara sebelah je yang amalkan” –  Restoran Kenakan Caj ‘Aircond’ Cetus Perdebatan Netizen

Artikel berkaitan: “Bukan tempat awam ke?” –  Netizen Terkejut ‘Port’ Tengok ‘Sunset’ Kena Caj RM20

Pun begitu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyatakan pihaknya terkesan dengan gambar yang tular di media sosial itu, lalu mengambil tindakan.

Gcbnwqfbgaazosf

“Sepasukan anggota penguat kuasa dihantar ke lokasi restoran nasi lemak terkenal itu yang terletak di Kampung Baru.

Hasil pemeriksaan mendapati harga bagi makanan, minuman serta caj perkhidmatan mematuhi dasar harga terangkum seperti yang diperuntukkan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” katanya.

Selepas pemeriksaan lanjut, didapati caj perkhidmatan bagi bilik berhawa dingin dikenakan kepada pelanggan dewasa adalah RM1 bagi setiap orang manakala tiada caj dikenakan kepada kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan ke bawah.

“Pemerhatian anggota penguat kuasa juga mendapati notis caj RM1 dipamerkan dengan jelas di kawasan pintu masuk serta di cermin bilik berhawa dingin yang mudah dilihat oleh pelanggan.

Pekerja premis juga akan memberitahu terlebih dahulu kepada pelanggan yang ingin masuk ke dalam bilik berhawa dingin berkenaan,” katanya.

Difahamkan, caj RM1 ini dikenakan kepada pelanggan sejak tiga tahun yang lalu dan resit dikeluarkan kepada pelanggan yang menggunakan bilik tersebut sebagai bukti pembayaran.

“Hasil pemeriksaan mendapati pematuhan tanda harga dan caj di restoran ini adalah jelas dan tiada kesalahan yang dikesan mengikut perundangan yang dikuatkuasakan oleh pihak KPDN,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pasukan penguat kuasa juga dimaklumkan pihak restoran mengambil tindakan sewajarnya dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa berkenaan hantaran viral itu sebagai langkah menjaga nama baik restoran berkenaan.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.