in

“Real old money is Prince Mateen” – Individu Tepis Tanggapan ‘Old Money’ Hanya Sekadar Fesyen

Ft Prince Mateen Old Money

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai Old Money menjadi topik perbualan hangat semenjak tularnya video pempengaruh Andika Putera memperagakan gaya fesyennya itu di khalayak umum, sampaikan Kool 101 baru-baru ini pun ada buka topik ini untuk dibincangkan.

Kata-kata daripada seorang pemanggil yang menjelaskan maksud sebenar Old Money ini telah menjadi tumpuan netizen dan ramai yang bersetuju dengan pendapatnya.


Artikel berkaitan : Bekas Pegawai Bank Goldman Sachs Ibaratkan Penjara Sungai Buloh Seperti ‘Neraka’

Artikel berkaitan : “Tak yah lah org dah tahu aku” – Wak Doyok Respon Bila Ditanya Netizen Untuk ‘Join Old Money Club’

Pendapatnya itu diberikan ketika salah seorang penyampai, Muaz bertanyakan kepada kenalannya yang kenali sebagai Arif ini untuk memberikan info yang lebih jelas dan mudah difahami terhadap maksud sebenar Old Money, dan ia bukanlah fesyen semata-mata.

“Old Money ni dia sebenarnya bukan satu fesyen, sebenarnya ia pasal warisan dan harta keturunan, kalau kita nak cakap bahasa mudah Old Money ini adalah kekayaan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi.”

“Bukan sebab awak tiba-tiba menang loteri ke, tiba-tiba buat business meletup kaya, yang tu panggil new money.”

Mengenai perihal pakaian, Arif menjelaskan bahawa ia adalah cara dan etika pakaian mereka dari turun temurun untuk nampak ringkas tetapi ada kelas.

“Sebab apa dia pakai macam tu, disebabkan kalau kita pakai generasi yang zaman dulu, kita tengok tok nenek kita pakai macam classy, jadi, dia akan ajarkan anak dan cucu cucu dia untuk pakai macam tu.”

“So sebenarnya dipanggil quiet luxury. Dia lebih kepada estetik, dia nampak ringkas tapi kita tahu dia ada aura yang dia adalah oh dia ni keluarga kaya.”

Dalam pada itu, Arif ada memberikan contoh terbaik individu yang sebenarnya paling sesuai dikategorikan sebagai Old Money, iaitu Putera Mateen.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.