in

“Raya mengejut lagi ke?”- Tular Gambar Tarikh Akhir Ramadan 20 April 2023, Ini Penjelasan Masjid WP

f2 tarikh hari raya 2023

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial tentang spekulasi netizen yang mengandaikan orang Islam di Malaysia dikatakan berkemungkinan bakal menyambut Hari Raya Aidilfirtri awal sehari dari tarikh jangkaan atau ‘raya mengejut’ seperti tahun lalu.

Ini berikutan ada gambar tangkap layar pemberitahuan tarikh ‘Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023″ pada paparan televisyen iklan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah tular di media sosial.


Gambar tersebut telah menyebabkan ramai juga warganet yang risau jika tahun ini kita akan raya mengejut seperti lebaran tahun lepas.

Namun, pihak pengurusan masjid tersebut telah tampil menjelaskan perkara sebenar di sebalik gambar yang tular di media sosial itu.

https://www.instagram.com/p/CqZlbbqrs2Z/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D

Rupa-rupanya, ‘counting days‘ tarikh akhir Ramadan itu adalah untuk memberi kesedaran kepada jemaah untuk mengejar 10 malam terakhir pada bulan Ramadan yang mulia ini agar jemaah akan meningkatkan ibadah.

Pihak masjid itu juga berharap agar masyarakat dan warganet tidak salah faham atau beranggapan bahawa tarikh yang dipaparkan itu adalah tarikh hari raya bagi tahun ini .

Ini kerana penentuan tarikh 1 Syawal yang sebenar adalah di bawah biadang kuasa Penyimpan Mohor Besar Raja Raja.

Manakala pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga turut tampil menjelaskan tentang isu tersebut dalam sebuah kenyataan.

JAKIM mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian atau menyebarkan berita palsu tentang tarikh hari raya tahun ini, lapor Astro AWANI.

Sumber: Instagram Masjid Wilayah Persekutuan, Astro AWANI

Baca: “Ia bukan ‘insult’ ya…”- [VIDEO] Fedtri Yahya Jelaskan Maksud ‘Miskin Hina’ Dalam Lagu Sesuci Lebaran

sambut hari raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.