Sudah menjadi trend zaman sekarang, jika satu tempat itu mempunyai tarikan menarik dan permandangan yang indah, ia sudah pasti menjadi tumpuan ramai kerana para netizen ingin menjadikan ia sebahagian daripada content di media sosial.
Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok dari @youzernotfaun memaparkan satu kawasan terletak di Sungai Petani, Kedah yang sangat cantik permandangannya.
Kawasan tu kalau korang tengok, ia dipenuhi dengan bunga-bunga berwarna ungu dan sekali pandang dah macam di Jepun pula!
https://www.tiktok.com/@youzernotfaun/video/7040725979156827418?_t=8O8Viej99r0&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Namun ramai yang terkejut apabila di kapsyen post berkenaan, pemilik video menulis kawasan itu rupa-rupanya terletak di Loji Kumbahan Sungai Petani! Erk!
Loji tahi Sungai Petani,” tulisnya.
“Sapa-sapa nak merasa bergambar ala-ala obersi bolehlah mai kalau sanggup”
Menurut posting di grup Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM), netizen mengesahkan lokasi kawasan yang cantik itu ialah di Loji Kumbahan Bukit Kiara, Sungai Petani, Kedah.
Tambahnya, memang kawasan itu sangat cantik kerana ia dipenuhi bunga-bunga yang indah, namun jika ingin bergambar di sana, para pengunjung terpaksalah ‘menahan hidung’ dari bau yang mencucuk.
“Fuh loji ni dok seminit bau dia melekat”
Posting mengenai kawasan berkenaan telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata tidak sanggup menahan bau di loji berkenaan jika ingin ber’OOTD’ di sana.
Ramai juga yang mengatakan sisa-sisa di loji berkenaan mungkin jadi punca kawasan itu ‘subur’ sehingga tumbuh bunga-bunga mekar di sana.
Ada yang simpan hajat nak ke sana ke? Harap korang dapat tahan bau ye… Hiks!
Baca: “Bayar mahal, tengok bunga mati” – Pemuda Kecewa, Tunjuk Keadaan Terkini Tempat ‘Viral’ Di Cameron