in

Ramai Risau Anggur ‘Shine Muscat’ Didakwa Ada Kimia Berbahaya, Ini Penjelasan KKM

Anggur Shine Muscat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, timbul dakwaan yang menyatakan anggur import jenis Shine Muscat mengandungi sisa bahan kimia berbahaya, menurut laporan media Thailand.

Perkara ini membuatkan masyarakat risau kerana anggur tersebut digemari ramai selain boleh mendapatkannya dalam harga yang berpatutan.


Artikel berkaitan: Buah Anggur ‘Shine Muscat’ Didakwa Ada Kimia Berbahaya, KPKM Mulakan Siasatan

Anggur Shine Muscat tiada racun berbahaya

Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan menyatakan tiada sampel anggur daripada jenis Shine Muscat mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL).

Jelasnya, dapatan berkenaan adalah hasil daripada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) yang dijalankan sepanjang 2020 sehingga September 2024.

Menurutnya, dalam tempoh berkenaan sejumlah 5,561 sampel sayur-sayuran dan buah-buahan import telah dianalisis bagi residu racun perosak.

“Sejumlah 234 sampel anggur telah dianalisa dalam tempoh tersebut yang mana empat (1.71 peratus) telah dikesan tidak mematuhi MRL yang tidak melibatkan anggur Shine Muscat.

“Tindakan pemeriksaan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) pada kemasukan seterusnya dikenakan, yang mana konsainan makanan tersebut wajib ditahan dan pensampelan perlu dijalankan,” katanya.

Fac559C1 8601 4E74 A2F3 4472496A9F3A

Dalam pada itu, KKM turut memaklumkan bahawa kelulusan pelepasan di pintu masuk hanya akan diberikan jika keputusan analisa mematuhi MRL yang ditetapkan.

Jelasnya, larangan pengimportan akan dikenakan sekiranya terdapat pelanggaran yang berulang.

“Sebagai panduan kepada pengguna, setiap makanan yang diimport dan berbungkus, perlu mengandungi maklumat asas termasuk negara asal produk tersebut.

“Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan untuk membaca label sebagai panduan,” katanya.

KKM menegaskan pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan di pintu masuk negara dan pasaran tempatan bagi memastikan keselamatan makanan adalah terjamin.

Yang dah makan tu jangan risau…

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.