in

Ramai Penduduk Tak Setuju Cadangan Pembinaan Lapangan Terbang Di Tioman, Ini Sebabnya…

collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cadangan untuk membina lapangan terbang baru untuk Pulau Tioman telah pun dibincangkan sejak tahun 2004 lagi. Namun projek ini beberapa kali ditangguhkan ekoran terdapat bantahan orang ramai.

Terbaru, projek lapangan terbang baru ini dikatakan akan mula dibina pada suku pertama tahun 2024 selama tujuh tahun dan dijangka siap pada tahun 2030.


Walaupun pembinaan lapangan terbang baru ini dijangka akan meningkatkan ekonomi di sana dan menarik lebih ramai lagi pelancong terutamanya dari luar negara, ia telah mendapat bantahan dari penduduk-penduduk tempatan. Nak tahu kenapa? Jom baca!

Pulau Tioman kan dah ada airport?

612664395a40232133447d33247d383231353230323031

Kalau korang nak tahu, di Tioman memang terdapat lapangan terbang yang telah pun beroperasi sejak penghujung tahun 1980-an dan masih beroperasi sehingga sekarang.

Namun begitu, Lapangan Terbang Kg. Tekek yang dah sedia ada ini mempunyai landasan sepanjang 992 meter dan hanya boleh menampung kapal terbang kecil yang boleh memuatkan 12 orang penumpang dan hanya menawarkan dua penerbangan dalam sehari.

Jadi, projek lapangan terbang baru ini telah dibuat bagi mengembangkan lagi pelancongan di pulau tersebut dengan meningkatkan lagi perhubungan antarabangsa.

Macam yang korang tahu, landasan sedia ada ini pendek jadi cadangan untuk membina lapangan terbang baru yang lebih besar ini akan membolehkan pesawat yang lebih besar untuk mendarat di pulau tersebut dan mempunyai kapasiti untuk menerima lebih 20 penerbangan sehari termasuk penerbangan terus dari negara-negara seperti Australia, India dan China.

Disebabkan kekurangan tanah di Pulau Tioman ini, 75% daripada pembinaan lapangan terbang ini perlu ditebus dari laut. Jadi, lapangan terbang baru ni akan dibuat macam airport terapung.

Kenapa orang kampung tak setuju?

Screenshot 2023 07 25 at 6.42.06 PM

Untuk pengetahuan korang, Taman Laut Tioman mempunyai banyak spesis terumbu karang berbanding taman laut lain di pantai timur Semenanjung Malaysia. Malah, 25 spesis terumbu karang di sana telah diklasifikasikan sebagai sangat jarang ditemui.

Biodiversiti daratan dan lautan akan terjejas

Jadi, jika projek lapangan terbang ini diteruskan, kawasan laut perlu ditambak dan beberapa kawasan juga akan melalui proses peletupan terkawal sekaligus boleh merosakkan ekosistem hidupan laut di pulau tersebut serta memusnahkan terumbu karang yang sedia ada.

Sekiranya lapangan terbang ini dah siap juga, ia akan menggalakkan pelancongan besar-besaran dan akan menyebabkan permintaan untuk membina jalan-jalan baru, hotel dan resort baru yang berterusan dan akan meningkatkan impak kepada biodiversiti daratan dan lautan.

Pendapatan penduduk tempatan terjejas

Tak cukup dengan itu, pendapatan penduduk kampung terutamanya Kampung Paya dan Kampung Genting tempat pembinaan lapangan terbang baru ini akan terjejas sepanjang pembinaan tersebut berlangsung.

Selain itu, sekiranya pelancong-pelancong luar negara datang untuk bercuti, mereka akan lebih memilih hotel-hotel yang besar berbanding resort penduduk tempatan sekaligus hanya menguntungkan pihak pemaju dan pemilik hotel dan resort yang besar.

pulautioman28 o BHfield image listing featured.var 1624857606

Pencemaran

Lapangan terbang baru juga akan turut meningkatkan pencemaran udara di mana habuk dan pelepasan udara dari pembinaan dan kapal terbang boleh menyebabkan masalah pernafasan dan kesihatan.

Bukan itu sahaja, bunyi kapal terbang yang kuat juga boleh menjejaskan deria pendengaran manusia dan mengganggu proses pendaratan penyu dan hidupan marin yang lain.

Naiktaraf perkhidmatan sedia ada

Penduduk di Tioman juga merasakan, dengan dana yang ada untuk membuat lapangan terbang baru ini lebih elok digunakan untuk mengubah suai airport sedia ada serta menambah baik servis feri dan jeti di Mersing dan Tanjung Gemok.

Pulau Tioman juga sering memiliki masalah ketiadaan air ekoran akibat kemudahan rawatan sisa yang tidak betul terutamanya ketika musim kemarau. Tak cukup dengan itu, sistem pelupusan sampah juga bermasalah di sana di mana sampah lebih banyak dihasilkan semasa musim puncak berbanding sampah yang boleh diambil.

Kalau korang pernah pergi ke Pulau Tioman, memang korang faham betapa cantiknya pulau ni, dengan air yang cantik dan pasir yang putih. Tapi korang juga mesti perasan banyak benda perlu dinaiktaraf sebelum projek besar seperti pembinaan lapangan terbang ini dibuat.

Sumber: NST, Change.org, Twitter, Mongabay

 

Baca: 5 Pulau Tersembunyi Yang Cantik & ‘Underrated’ Di Malaysia Yang Korang Mungkin Tak Tahu Wujud!

Screenshot 2023 07 25 at 6.45.28 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.