Kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris menggemparkan Malaysia sekitar tahun 90-an dahulu, nama pelakunya Mona Fandey membuatkan ramai yang masih meremang sehingga ke hari ini kerana dikatakan kes tersebut berkait rapat dengan ilmu hitam.
Terbaru, tular di TikTok sebuah temu ramah dengan anak tiri kepada Mona Fandey yang berkongsi pengalamannya yang terkait dengan pembunuh mahsyur itu.
@dyamohamad90 ♬ original sound – KakDya – CEO of korang2 kejap! – kakdyakorangkejap
Dalam video tersebut, individu yang dikenali sebagai ‘Man’ itu berkongsi dia merupakan anak kedua kepada Mohd Affandi sebelum bapanya berkahwin dengan Mona Fandey atau nama sebenarnya Maznah Ismail.
Difahamkan, dia mempunyai dua lagi adik beradik iaitu seorang abang dan seorang adik perempuan.
“Ramai panggil saya anak s*tan, saya dilahirkan pada tahun 84, arwah mak saya bercerai masa saya 7 bulan dalam kandungan, tahun 1993 baru arwah mak bagitau saya ada ayah sebenarnya,” katanya.
Kerana umurnya masih kanak-kanak ketika itu, dia membawa keratan akhbar yang menceritakan kes Mohd Affandi dan Mona Fandey ke sekolah, sejak daripada itu dia sering menjadi bahan ejekkan.
Dia turut berkongsi, pernah bersua muka dengan Mona Fandey kira-kira 15 minit sebelum pihak penjara Kajang meminta bapanya itu untuk melafazkan cerai dengan Mona Fandey.
Selain itu, dia bercerita oleh kerana bapanya itu tiada apa-apa untuk diberikan, bapanya itu meletakkan air liurnya dalam mulutnya kemudian meminta dia untuk menjaga adik-adiknya.
Fuh, meremang…