in

“Ramai ingat bayi boleh cepat jalan tapi…” – Dr Say Kongsi 3 Bahaya Guna ‘Baby Walker’

Baby 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Segelintir ibu bapa pasti ada yang menggunakan baby walker yang disangka untuk mempercepatkan proses anak berjalan.

Pun begitu, seorang doktor di TikTok iaitu Dr Say Shazril berkongsi tiga keburukan jika meletakkan bayi dalam baby walker.


Baby walker tak boleh ‘sokong’ bayi

Dalam video perkongsiannya, Dr Say berkata baby walker akan melambatkan lagi proses untuk bayi berjalan kerana ia akan menyekat perkembangan motor yang normal kerana bayi semestinya akan bergantung sepenuhnya pada baby walker.

Artikel berkaitan: “Usyux, Chuynx”- JPN Kongsi Panduan Untuk Ibu Bapa Beri Nama Bayi Baru Lahir

Artikel berkaitan: “Cuci mulut cara ini..” – Doktor Kongsi Ilmu Jaga Bayi ‘Newborn’, Penting Untuk ‘First Time Mom’!

Bayi akan bergantung kepada support dari baby walker tu dan bukan menggunakan kekuatan otot mereka sendiri.

Selain itu, ia menggalakkan postur badan yang tidak betul yang mana ia akan memberi kesan kepada cara berjalan bayi tersebut.

Menggalakkan postur badan yang salah yang boleh menjurus kepada pattern berjalan yang tidak sepatutnya.

Risiko keselamatan dalam baby walker

Dalam masa yang sama, ia berkait rapat juga dengan faktor keselamatan kerana bayi akan terdedah untuk mencapai barang-barang yang sama paras dengannya.

Baby walker akan digunakan bila bayi dah cecah 6 bulan dan pada umur tersebut bayi akan belajar mencapai barang. Bayangkan bayi tu tarik barang di tempat tinggi contohnya cerek panas atau objek tajam.

Tambah Dr Say, pengawasan ibu bapa pasti akan berkurang jika anak sudah diletakkan dalam baby walker jadi ia akan meningkatkan risiko untuk bayi terjatuh tangga dan sebagainya.

Baby 1
Sumber: public health malaysia

Pun begitu, alternatif lain yang boleh digunakan adalah ‘Play Gym’ ataupun ‘Stationary Activity Center’.

Baby 2
Play gym (sumber: amazon)
Baby 3
Stationary activity center (sumber: amazon)
@say_shazril0

Followers sy ramai juga yg tanya “doc tak pakai baby walker ke?”. Mujur @Public Health Malaysia bawak keluar poster ni jadi jom kita kupas mengenainya. Canada dah haramkan baby walker ni sejak tahun 2004. Sebab apa? Semua sy ceritakan dalam video ni. In a nutshell, mungkin baby nampak comel berlari-lari dalam baby walker tapi risiko yg baby walker impose kepada anak kita boleh merbahayakan nyawa anak2 kita.

♬ original sound – say_shazril – say_shazril

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen berkongsi pendapat mereka mengenai baby walker.

Baby 4 Baby 5 Baby 6 Baby

Bagus bila ada option lain untuk anak..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.