in

Putri Ariani Didakwa Tidak Profesional, ‘Sidai’ Wartawan Selama Dua Jam?

Syaz Ft 98

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Putri Ariani menggegarkan media sosial selepas berjaya mendapat golden buzzer dalam rancangan realiti terkenal America’s Got Talent dengan nyanyiannya.

Penyanyi muda yang berasal dari Indonesia itu ‘bertandang’ ke Malaysia bagi konsert dengan pemuzik antarabangsa, Alan Walker pada bulan Jun ini.


Artikel berkaitan: “Dia ‘brilliant’!” –  Penyanyi OKU Penglihatan Dari Indonesia Terima ‘Golden Buzzer’ Dari Simon Cowell

Artikel berkaitan: Warganet Teruja Lihat Penyanyi Nombor 1 Negara Beli Mainan Untuk Anak Di Pasar Malam

Pun begitu, dia didakwa bersikap tidak profesional apabila enggan menyambung semula sesi temubual bersama media tempatan ketika dalam satu sidang media di sebuah hotel di Bandar Sunway hari ini.

Whatsapp Image 2024 05 29 At 15.59.48 1716970341

Menurut laporan Berita Harian, bapa pemenang tempat keempat program realiti, America’s Got Talent 2023 (AGT 2023) itu tidak membenarkannya bertemu dengan media tempatan tanpa alasan kukuh.

“Maaf, bapanya baru maklumkan Putri tidak akan turun bertemu media untuk menyambung semula sesi temubual yang tertangguh. Maaf, media tempatan terpaksa tunggu hampir dua jam,” katanya.

Difahamkan, media tempatan hanya sempat bertanyakan tiga soalan yang turut menyaksikan penyanyi yang mengalami kecacatan penglihatan itu menjawab dengan acuh tak acuh.

Lebih menyedihkan, sesi temubual itu terpaksa dihentikan selepas pengurusannya membawa penyanyi kelahiran Kampar, Riau itu keluar daripada dewan dengan alasan masih belum bersarapan.

Sebagai info, Putri Ariani dan Alan Walker bakal mengadakan konsert di Surf Breach, Sunway Lagoon pada 22 Jun depan.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.