in

PRU 15 : Dakwa Undi PH & BN Masuk Neraka, Ketua Pemuda PAS Sik Mohon Maaf

ft pemuda pas sik mohon maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video tular berkenaan dengan kenyataan Pemuda PAS Sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir yang menyifatkan mana-mana pengundi Pakatan Harapan & Barisan Nasional bakal masuk api neraka telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia.

Video itu tular di Twitter dan meraih lebih dariapda 4,420 jumlah retweets dalam masa 10 jam ia mula dikongsikan.


 

Siapa yang pangkah Barisan Nasional & Pakatan Harapan, masuk api neraka

Kenyataan tersebut telah membuatkan ramai rakyat Malaysia mempertikaikan cara dia berpolitik. Namun terbaru, Mohd Shahiful ada membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan yang diberikan itu.

Permohonan maaf itu dibuat melalui satu video yang disiarkan di Facebook Pemuda Pas Sik hari ini. Dalam video berdurasi 34 saat itu dia meminta agar hentikan segala bentuk sebaran video itu bagi menjamin keharmonian dan perlawanan PRU15.

“Ini agar PRU kali ini menjadi medan yang bebas daripada isu perkauman dan agama yang melampau.”

https://www.facebook.com/watch/?v=658528729061927

Dalam pada itu, Mohd Shahiful turut menyatakan bahawa apa sahaja tindakan yang cenderung  kepada kemungkaran yang dilakukan oleh sesiapa pun tetap salah dan wajib dicegah.

 

Baca : “Parlimen bukan sekolah” –  Presiden PAS Jawab Isu Rekod Kehadiran Parlimen Merosot

ft abdul hadi awang jawab isu kehadiran merosot 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.