Selalunya kaum lelaki pasti akan menunjukkan minat mereka kepada kenderaan bermotor. Lagi-lagi motosikal yang berkuasa tinggi ataupun motorbike. Malah jika minat begitu mendalam, mereka sanggup untuk berhabis wang beribu ringgit.
Sekiranya lelaki yang telah mendirikan rumah tangga, mereka sering teragak-agak untuk memberikan isteri mereka kelonggaran untuk menaiki motor kesayangan mereka. Mana taknya, banyak dah melabur tu…
Situasi itu boleh dibuktikan dengan menonton video yang dikongsikan di TikTok menerusi akaun @hafiylk99. Dalam video itu, dapat dilihatkan sepasang suami isteri terpaksa melalui satu kejadian yang tak diduga.
Kejadian itu berlaku kerana isterinya gigih untuk menaiki motorbike suaminya dengan berbaju kurung. Lebih mencuri perhatian adalah gelagat isterinya yang mencuba untuk menyelamatkan motorbike.
Reaksi isterinya itu dirakam oleh suaminya kerana dia dilihatkan gelabah untuk mengelakkan motor dari calar akibat bergeser dengan tanah. Perbuatan itu telah mendapat pelbagai komen dari netizen.
Tidak ketinggalan yang memberi komen dengan bergurau bahawa suaminya itu lebih sayangkan motorbike miliknya daripada isterinya sendiri kerana gaya dia seakan-akan risaukan keadaan motornya berbanding isteri. Haish, korang ni. Jangan cakap bukan-bukan, dia sayang dua-dua tu..
Kesimpulannya, ramai yang menulis supaya memakai pakaian yang sesuai jika mahu menunggang motorbike. Kalau jadi apa-apa, menangis encik abang tu nanti…