Sebelum ini, tular sebuah video yang memperlihatkan seorang wanita bertindak memukul dan memaksa seorang kanak-kanak perempuan untuk makan dengan menggunakan batang penyapu. Video tersebut mula tular selepas seorang individu memuat naik video ini di media sosial.
Difahamkan, mangsa merupakan anak angkat kepada pasangan suami isteri yang telah menjaganya, disebabkan ibu kandung tidak mampu untuk menjaga kanak-kanak itu.
Mangsa yang dikenali sebagai Alia itu berusia 4 tahun, dan merupakan anak kepada warganegara Indonesia. Menurut sumber, suspek telah menjaga mangsa sejak bulan April tahun ini dan dikatakan berlaku beberapa kes penderaan sejak tempoh tersebut.
Video lama kembali tular
Isu penderaan kanak-kanak ini tular dan mendapat perhatian warganet Malaysia, sehingga ada beberapa individu yang mula mengorek kisah lama dan video-video suspek.
Terbaharu, video lama suspek bersama bekas suaminya kembali tular dan mendapat perhatian warganet. Dalam video tersebut, suspek meluahkan perasaan sedihnya apabila dihina oleh beberapa individu kerana dia masih belum mempunyai anak.
“Dulu orang cakap tak boleh pregnant sebab gemuk. Badan kau besar sebab tu la kau tak boleh mengandung. Helo, sekarang badan aku dah kurus pun Allah belum bagi rezeki”, luah suspek dalam video tersebut.
Suspek juga menjelaskan dia reda meskipun masih belum dikurniakan anak dan akan tetap meneruskan kehidupan seperti biasa. Dia juga mengaku mempunyai keinginan untuk mempunyai anak namun masih belum dikurniakan rezeki untuk mengandung.
“Sekarang ni ada keinginan tu, tapi kita rasa macam ok takpe maybe Allah tahu bila yang lebih sesuai”, luah wanita ini.
Apa reaksi warganet?
Video tersebut ternyata menarik perhatian warganet yang terkejut dengan sikap wanita ini yang jelas bertentangan dengan apa yang dilihat di dalam video.
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet meluahkan rasa lega kerana wanita tersebut masih belum dikurniakan cahaya mata selepas melihatkan isu penderaan yang berlaku ke atas Alia.
“Patutlah Allah Tak bagi kau rezeki anak lagi, sebab perangai kau pun serupa s*tan, anak angkat pun sanggup kau dera. Entah macam mane kau sampai hati boleh pula pukul budak kecik tu”, tulis seorang warganet.
BACA: Kes Pukul Budak Dengan Batang Penyapu, Saksi Dedah Cara Rakam Bukti Sampai Jadi Viral