in

“Perangai dah jadi lain” – ‘Dibiasakan’ Tengok TV Sejak Umur 7 Bulan, Ibu Kongsi Anak 2 Tahun Kuat Mengamuk Bila Tukar Saluran

Ft Anak Menangis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan membiarkan anaknya menonton TV sejak umur 7 bulan, wanita yang dikenali sebagai Eyda ini perasan sikap anak lelakinya yang berumur 4 tahun menjadi sedikit pelik.

Dia dikatakan telah membiarkan anaknya menonton TV sehingga jadi ketagih, hari-hari menghadap TV dan sekali tontonan akan ambil masa yang lama sampailah ada satu masa anaknya jadi seorang yang kuat mengamuk.


Artikel berkaitan : Pencalonan Anugerah Inovasi Wanita Dalam Sukan Kini Dibuka, Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu

Artikel berkaitan : “Adik hebat!” – Netizen Puji Ibu Pujuk Anak Menangis, Sedih Sebab Tak Dapat Jawatan Pengawas

Bukan itu sahaja, Eyda juga mengatakan anaknya jadi kuat memerintah, apa sahaja saluran TV tersebut dia akan minta ibunya tukar dan ia berlaku beberapa kali sampaikan anak kecil itu menangis selama 5 jam lamanya dan ia telah membuatkan si ibu ini rasa bimbang.

Disebabkan itu, Eyda tidak membuka TV selama 7 hari untuk ‘memulihkan’ kelakuan anaknya, dalam video tersebut pada mulanya, anaknya dilihat begitu bosan sampailah dia seperti sudah membiasakan diri dengan bermain permainan.

Malah, kata Eyda, emosi anaknya juga jadi semakin stabil dan tidurnya lebih lena sepanjang dia tidak ‘memanjakan’ anaknya dengan TV.

@eyda_kmrzman

Minta maaf sayangku ..andai mummy tak sempurna menjadi ibu yang terbaik buat zayn..biar kita ada kesedaran utk ubah hari ni..drpd kita terlambat utk ubah segalanya yg akan dtg..menyesal hari esok tiada guna lg.. 😔 #fypppppppppppppp #iburumahtangga #fyp

♬ Sedih Galau – Ercandra

Tindakan ibunya itu telah meraih pujian orang ramai kerana bertindak awal untuk membendung anaknya daripada ketagihan, malah ada seorang ahli terapi pertuturan juga memuji kesungguhan si ibunya untuk mengurangkan masa anaknya menatap skrin dan dalam masa yang sama dapat meluangkan masa lebih dengan anaknya.

Dapat dilihat menerusi video-video lain, anak kecil yang dikenali sebagai Zayn ini mula menikmati masa terluang bersama ibunya.

@eyda_kmrzman

Membalas kepada @ming terima kasih puan atas sokongan puan utk sy dan zayn.,sy amat2 hargai sgt..🥰🙏🏻 Berkenaan semua komen di vedio sy sebelum ni..sy nak ulas siket..Sebenarnya tiada yg salah atau tiada juga yg betul cara didik anak sendiri.. Itu adalah hak ibu bapa nya sendiri yg akan mencorak kan mcm mana expectation yg dia nak utk anak nya. Yg salah nya kita org luar yg nak sama kan perangai anak kita tu sama dgn ank org lain. Setiap anak yg lahir kat dunia ni semua berbeza . Tak boleh nak compare kan atau nak sama kan. Hanya ibu atau ayah nya sahaja tahu mana yg paling terbaik buat anak nya. Jangan kita tgok dr sudut negative..sbb nanti yg kita akan dpt benda2 yg negative..pandang lah dr sudut positif insyallah yg baik2 sahaja yg kita akan dapat . 🥰❤️

♬ bunyi asal – Eyda Kmrzman – Eyda Kmrzman

Jelasnya Eyda lagi, Zayn dah mula memberikan satu reaksi positif selepas waktu menatap skrin dikurangkan.

“Sejak dah kurang handphone dan TV ni, dia banyak sangat bercakap, walaupun tak banyak ayat lagi, tapi lebih baik daripada sebelum ini yang banyak senyap je. Alhamdulillah.”

@eyda_kmrzman

Membalas kepada @ming terima kasih puan atas sokongan puan utk sy dan zayn.,sy amat2 hargai sgt..🥰🙏🏻 Berkenaan semua komen di vedio sy sebelum ni..sy nak ulas siket..Sebenarnya tiada yg salah atau tiada juga yg betul cara didik anak sendiri.. Itu adalah hak ibu bapa nya sendiri yg akan mencorak kan mcm mana expectation yg dia nak utk anak nya. Yg salah nya kita org luar yg nak sama kan perangai anak kita tu sama dgn ank org lain. Setiap anak yg lahir kat dunia ni semua berbeza . Tak boleh nak compare kan atau nak sama kan. Hanya ibu atau ayah nya sahaja tahu mana yg paling terbaik buat anak nya. Jangan kita tgok dr sudut negative..sbb nanti yg kita akan dpt benda2 yg negative..pandang lah dr sudut positif insyallah yg baik2 sahaja yg kita akan dapat . 🥰❤️

♬ bunyi asal – Eyda Kmrzman – Eyda Kmrzman

 

Bagus tindakan Puan Eyda ni sudah mula ambil langkah dari awal, mungkin ibu di luar sana boleh praktis, tapi kena ikut pada ‘rentak’ anak-anaknya.

Sumber : TikTok @eyda_kmrzman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.